Skip to content

Truth Or Consequences, New Mexico

Hari Ketiga (30 Oktober 2022)
Artikel ini ialah mengenai hari ketiga kembara berkereta USA bulan Oktober & November 2022. Pemanduan bermula dari Albuquerque menuju ke Las Cruces, New Mexico dengan jarak antara dua buah bandar ialah 359 kilometer. Saya tidak ceritakan keseluruhan kembara hari ketiga di dalam satu artikel kerana banyak tempat yang saya dan suami singgah di sepanjang pemanduan itu.

Anda boleh baca artikel pemanduan hari pertama dan hari kedua kembara melalui link di bawah ini.
Hari Pertama Vancouver Ke Phoenix
https://sheryonthemove.com/?p=5810

Hari Kedua Tempe Ke Winslow
https://sheryonthemove.com/?p=6019

Hari Kedua Winslow Ke Albuquerque
https://sheryonthemove.com/?p=6106

Hari Ketiga Banyak Kapal Terbang Letak Di Luar Rumah
https://sheryonthemove.com/?p=6225

Hari Ketiga Hentian Rehat Seperti Chalet
https://sheryonthemove.com/?p=6253

Socorro, New Mexico
https://sheryonthemove.com/?p=6242

Saya pasti ramai yang sebelum ini tidak pernah mendengar nama bandar Truth or Consequences (T or C). Bandar ini pada asalnya dikenali sebagai Hot Springs, tetapi ia telah ditukar kepada T or C pada tahun 1950 selepas dari nama rancangan di radio. Mengikut statistik yang dikira sehingga tahun 2020, populasi penduduk di T or C ialah 6,052 orang.

T or C terkenal kerana banyak terdapat kolam air panas dan sebab itulah nama asal bandar ini ialah Hot Springs. Saya dan suami datang ke T or C bukan kerana ingin ke kolam air panas sebaliknya kami hanya pandu lalu sewaktu melakukan pemanduan dari Albuquerque ke Las Cruces.

Selain kolam air panas, T or C terkenal kerana Spaceport America. Ia adalah pangkalan kapal angkasa komersial yang dibina khas pertama di dunia. Antara syarikat terkenal dalam industri angkasa komersial yang menyewa di Spaceport ialah Virgin Galactic. Beberapa syarikat lain juga menggunakan kompleks ini untuk ujian dan pelancaran.

Sebenarnya saya dan suami sudah lama merancang untuk melakukan lawatan di Spaceport America tetapi waktu masih membataskan kami. Tiket lawatan tidak boleh dilakukan secara walk-in, tetapi perlu ditempah (terhad) dengan lebih awal dan kerana itulah kami tidak dapat mengikuti lawatan ini.

Kepada yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai T or C dan Spaceport America, anda boleh melawat ke pusat khidmat pelancongan seperti yang saya lawati. Di situ terdapat banyak risalah pelancongan, peta dan juga mini muzium yang memberikan maklumat mengenai Spaceport America.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *