Saya menyukai hotel ini kerana banyak perkara. Antara yang ingin saya senaraikan ialah, keperluan asas di bilik mencukupi, bilik dan katil yang besar, sarapan pagi percuma serta pelbagai pilihan minuman dan makanan, ruang makan yang besar, tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran, dan lokasi hotel yang sangat strategik. Hotel ini dikelilingi dengan macam-macam tempat menarik contohnya pasaraya Walmart, restoran, kedai menjual pakaian serta keperluan asas yang lain. Semuanya dengan jarak berjalan kaki sahaja dari hotel. Saya dan suami berpeluang makan malam di restoran Jepun yang berhadapan dengan hotel ini. Anda boleh tonton video hari kelima pertama kembara kerana saya ada…
Leave a Comment