“Life is very interesting…in the end, some of your pains, become your greatest strengths.”-Drew Barrymore
Hello! Nama saya Shery NN. Saya lahir dan dibesarkan di Ipoh, Perak, Malaysia. Pekerjaan terakhir saya di Malaysia ialah pramugari di Malaysia Airlines. Selepas berkhidmat selama lima tahun, akhirnya saya meletakkan jawatan dan mendirikan rumahtangga. Saya berhijrah ke Australia pada Oktober 2009 kerana mengikut suami yang berkerakyatan Australia. Sepanjang 12 tahun penghijrahan, saya telah menetap di enam buah bandar di tiga buah di negeri di tiga negara berbeza iaitu Australia, Amerika Syarikat dan Kanada. Kerjaya suami yang menuntut saya untuk sama-sama berpindah. Bandar yang saya menetap sekarang ialah di Vancouver.
Saya mula menulis di laman blog pada 7 Januari 2010 dan mula berkongsi video-video kembara di saluran You Tube sejak dari tahun 2017. Beberapa surat khabar di Malaysia pernah menyiarkan artikel mengenai kembara dan juga kehidupan saya di luar negara.
Setelah 11 tahun 8 bulan saya menulis di laman blog Terjemahan Hati, akhirnya saya beralih ke laman sesawang sendiri. Shery On The Move dirasmikan pada 25 September 2021. Saya sengaja memilih tarikh ini kerana ia sama dengan hari pernikahan saya. 🙂