Skip to content

Month: May 2022

SpringHill Suites by Marriott Salt Lake City Airport

Lokasi hotel ini sangat strategik kerana ia terletak berdekatan dengan pusat bandar dan lebuh raya untuk saya dan suami meneruskan pemanduan pada hari berikutnya. Perkhidmatan shuttle percuma diberikan kepada tetamu hotel yang ingin pergi ke lapangan terbang. Susun atur perabot dan katil bagi rangkaian hotel SpringHill Suites di mana-mana cawangan, semuanya hampir sama. Ia mengingatkan saya sewaktu bermalam di SpringHill Suites by Marriott ; https://sharery.blogspot.com/2016/10/springhill-suites-marriott-coeur-dalene.html di Keistimewaan bilik hotel kami ialah apabila dapat melihat gunung ganang yang diselaputi salji hanya dapat dilihat melalui tingkap hotel bilik. Video juga boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery On The Move.https://youtu.be/HErHrjEtNu0

Leave a Comment

Homewood Suites by Hilton San Francisco Airport-North

Homewood Suites by Hilton merupakan antara rangkaian hotel Hilton yang menjadi kegemaran saya dan suami. Kami pernah menginap di Homewood Suites di beberapa bandar di Amerika antaranya ialah di Las Vegas. Oleh kerana kami telah mengetahui standard Homewood Suites, maka kami telah menempah untuk menginap beberapa malam di Homewood Suites San Francisco Airport. Satu kelebihan Homewood Suites ialah, pihak hotel telah menyediakan hidangan makan malam percuma setiap hari kepada tetamu hotel. Mereka boleh menikmati hidangan di ruang makan bersebelahan dengan lobi di tingkat bawah. Saya tidak merasai duduk makan di situ kerana kedatangan saya ialah pada bulan puasa. Seperkara lagi,…

Leave a Comment

Pemanduan Dari San Francisco Ke Salt Lake City

Pemanduan dari hotel di San Francisco bermula pada jam 5:00 pagi. Saya dan suami bangun lebih awal untuk bersahur terlebih dahulu. Jarak untuk ke Salt Lake City, Utah ialah 1207 kilometer. Kami pernah menggunakan sebahagian dari laluan yang sama sebelum ini tetapi pada musim panas. Pada kali ini pula musim bunga yang baharu memasuki bulan pertama. Saya pernah katakan di dalam You Tube ruangan Shery NN Berbicara bahawa musim bunga ini seperti penyakit bipolar. Musim bunga di kebanyakan tempat di Amerika Utara masih lagi sejuk, bersalji, hujan dan ada waktunya panas. Cuaca di sepanjang pemanduan pada kali ini sangat baik…

Leave a Comment

Salam Aidilfitri 2022

1 Syawal ialah hari kemenangan umat Islam. Walau apa dugaan yang Allah berikan kepada kita, raya tetap raya cuma sambutan setiap orang itu mungkin berbeza. Tidak ada istilah tidak boleh beraya atau tidak mahu beraya. Tahun 2008, bapa saya meninggal dunia kurang 24 jam sebelum hari raya, namun keesokan harinya kami sekeluarga tetap berhari raya walaupun disambut tersangat sederhana kerana sebagai umat Islam kita tidak boleh berkabung. Mereka yang pergi tetap tidak akan kembali. Maka kehidupan kita di dunia ini perlu diteruskan. Seperti contoh, saya mengenali seorang insan yang kehilangan suami pada pada awal Ramadan yang lalu, dan sepupu saya…

Leave a Comment

30 Ramadan & Bulan Kesedaran Kesihatan Mental

Sewaktu artikel ini ditulis, tinggal lebih kurang dua jam lagi untuk saya berbuka puasa. Maka berakhirlah bulan Ramadan tahun 2022. Setiap tahun semua orang akan berasa sedih untuk tinggalkan bulan yang mulia ini. Bagi saya pula, perasaan sedih itu lebih sangat terasa pada tahun ini berbanding sebelumnya. Saya berasa sebak dan hiba sewaktu awal Ramadan, dan perasaan itu datang kembali pada penghujung Ramadan. Terutama sekali apabila saya selesai menunaikan sembahyang tarawih ke-30 pada malam 29 Ramadan kerana ia merupakan tarawih terakhir untuk Ramadan tahun ini. Sebak dan hiba yang saya maksudkan ialah kerana saya sangat gembira buat pertama kalinya Ramadan…

Leave a Comment