Di dalam artikel kali ini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar yang dirakamkan semasa musim sejuk bersalji pada bulan Februari 2023 di kawasan kejiranan saya. Saya dan suami lebih suka berjalan pada waktu malam kerana tidak ada orang yang keluar pada waktu itu. Ini menyenangkan lagi untuk saya mengambil gambar dan video.
Tag: richmond
Musim Luruh Melawat Ladang Labu (2)
Artikel ini bersambung dari bahagian 1. Anda tidak akan mengetahui cerita keseluruhan jika tidak membaca dari bahagian sebelumnya. Sila klik link di bawah untuk membaca artikel bahagian 1 yang disiarkan pada 18 Disember 2022. Setiap pemegang tiket dapat membawa pulang sebiji labu percuma. Mereka boleh memilih apa sahaja saiz yang disukai. Untung bagi pengunjung yang…
Musim Luruh Melawat Ladang Labu (1)
Artikel ini terpaksa saya bahagikan kepada dua bahagian kerana terlalu banyak yang ingin saya ceritakan. Saya mahu anda (terutamanya yang tidak tinggal di negara empat musim) melihat sendiri bagaimana meriahnya musim labu di sini. Musim luruh berkait rapat juga dengan musim labu di Amerika Utara iaitu di Kanada dan Amerika Syarikat dan juga di kebanyakan…
Musim Luruh 2022 Lambat Sebulan
Jika anda ikuti dan membaca artikel saya sejak dari laman blog yang lama, pasti anda perasan yang saya banyak kongsikan gambar pemandangan indah musim luruh di Vancouver setiap bulan dan setiap tahun. Tahun ini hanya satu artikel yang dapat saya kongsikan gambar daun-daun yang berguguran kerana saya tidak luangkan banyak masa di Kanada sebaliknya di…
Pasar Malam Terbesar Di Amerika Utara
Pasar malam terbesar di Amerika Utara terletak di Richmond, British Columbia, Kanada. Richmond Night Market yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa vancouver telah diadakan sejak dari tahun 1993. Pasar malam ini tidak beroperasi sepanjang tahun sebaliknya ia diadakan setiap tahun hanya pada musim bunga, musim panas dan sehingga awal musim luruh. Walaupun kediaman…
Melawat Ke Ladang Bunga Matahari
Selepas pulang dari kembara berkereta (road trip) USA bulan Ogos 2022, saya dan suami telah melawat ke ladang bunga matahari yang terletak tidak jauh dari rumah saya. Setiap tahun ladang ini mengadakan festival bunga matahari sementelah memang musimnya pada musim panas. Jangan terperanjat, ingin saya katakan di sini bahawa inilah pertama kali dalam hidup saya…
