Sewaktu artikel ini ditulis, tinggal lebih kurang dua jam lagi untuk saya berbuka puasa. Maka berakhirlah bulan Ramadan tahun 2022. Setiap tahun semua orang akan berasa sedih untuk tinggalkan bulan yang mulia ini. Bagi saya pula, perasaan sedih itu lebih sangat terasa pada tahun ini berbanding sebelumnya. Saya berasa sebak dan hiba sewaktu awal Ramadan,…
Category: Health
Perasaan Emosi Sebelum Sampai Ke Las Vegas
Saya begitu teruja dan gembira untuk kembali semula ke Las Vegas setelah hampir tiga tahun tidak ke sana. Di dalam waktu yang sama, hati, perasaan dan emosi saya bercampur baur. Saya tidak boleh lari dari mengingatkan tentang kedatangan terakhir saya ke Las Vegas pada bulan Jun 2019. Kedatangan saya ke Las Vegas pada tahun 2019…
Selamat Datang Ramadan 2022
Saya ingin mengucapkan Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca artikel ini. Semoga kita semua diberikan kesihatan mental dan fizikal yang baik untuk melaksanakan amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Bermula pada petang 1 April 2022 iaitu satu hari sebelum masuknya bulan puasa, keadaan emosi saya sudah terganggu. Ia…
Kembali Berjumpa Pakar Kaunseling (Bahagian 1)
Kali terakhir saya berjumpa dengan pakar kaunseling ialah pada bulan Februari 2020 iaitu sebelum bermulanya pandemik. Sebenarnya saya tidak memerlukan pakar kaunseling selama dua tahun ini, akan tetapi di dalam waktu yang sama saya memerlukan beliau hanya untuk memberi perkhabaran gembira dan ingin memberi update. Pusat kaunseling ditutup sepanjang pandemik tetapi mereka bertugas dari rumah….
22.2.22 – Selamat Tinggal Ubatku
Apa istimewanya nombor 22.2.22? Saya bukanlah orang yang begitu taksub dengan nombor-nombor cantik di dalam kalendar. Akan tetapi ada kisah yang terjadi di sebalik tarikh 22 Februari 2022. Pada sebelah malam hari Selasa yang lalu, saya melihat kalendar untuk rujukan saya makan ubat. Apabila melihat sahaja tarikh itu, baharu saya mengetahui ia adalah hari terakhir…
Hari Kesihatan Mental Dunia
Hari Kesihatan Mental Dunia diadakan pada 10 Oktober setiap tahun dan buat pertama kali saya menyiarkan artikel mengenainya. Tidak semua orang berani atau mempunyai pengetahuan untuk tampil ke hadapan dalam memberi dan berbicara mengenai kesihatan mental. Saya sebagai mental health advocate, bertanggung jawab untuk menyumbang dan membantu dalam memberi kesedaran kepada umum. Sejak dari April…
Pengenalan Kesihatan Mental
Saya mula memberi kesedaran kesihatan mental di media sosial dan memakai riben hijau sejak dari tahun 2019 iaitu setelah saya mula mendapatkan rawatan dari pakar perubatan profesional. Tujuan utama saya dalam memberikan kesedaran ini ialah kerana kesedaran kesihatan mental masih kurang diberi pendedahan ditambah pula dengan halangan dari stigma. Apa itu stigma? Stigma ialah diskriminasi,…
Selamat Datang Ke Shery On The Move
Selamat Datang Ke Shery On The Move! Alhamdulilah, akhirnya satu lagi pencapaian peribadi saya dapat dicapai pada tahun ini. Keputusan untuk beralih dari laman blogspot ke laman sesawang sendiri bukanlah mudah. Ia mengambil masa bertahun-tahun! Suami saya berkali-kali mencadangkan supaya beralih ke laman sesawang sendiri sejak dari lapan atau sembilan tahun lalu tetapi saya tidak…
