Skip to content

Hari Kesihatan Mental Dunia

Hari Kesihatan Mental Dunia diadakan pada 10 Oktober setiap tahun dan buat pertama kali saya menyiarkan artikel mengenainya. Tidak semua orang berani atau mempunyai pengetahuan untuk tampil ke hadapan dalam memberi dan berbicara mengenai kesihatan mental. Saya sebagai mental health advocate, bertanggung jawab untuk menyumbang dan membantu dalam memberi kesedaran kepada umum. Sejak dari April 2019 dan sehingga kini saya masih menerima rawatan dari pakar profesional. Apa yang saya kongsi dan sampaikan adalah berdasarkan dari pengalaman saya sendiri.

Semua orang mempunyai kesihatan mental cuma yang bezanya ialah tidak semua orang yang dapat mengenal pasti sekiranya mereka mempunyai masalah dan memerlukan bantuan. Lebih teruk dan menyedihkan apabila mereka malu untuk bersuara dan meminta bantuan. Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Ingatlah, anda perlu menjadi selfish demi menjaga keseimbangan kesihatan diri.

Andai anda dilanda masalah, jangan teragak-agak untuk meminta bantuan. Bantuan datang dari pelbagai cabang. Langkah pertama untuk meminta bantuan ialah bersuara. Cari orang paling paling rapat dan dipercayai untuk meluahkan masalah. Dari situ, InsyaAllah jalan dan usaha anda dipermudahkan. Jangan pendam seorang diri. kerana ia pasti akan memakan diri.

Be Kind To Your Mind,
Shery NN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *