Skip to content

Keterujaan Musim Luruh 2021

Musim luruh di Hemisfera Utara secara rasminya jatuh pada 22 September 2021. Inilah musim kegemaran saya berbanding tiga musim yang lain.
Bulan September merupakan bulan kedua kegemaran saya selepas November kerana hari ulang tahun perkahwinan saya ialah 25 September. Selain itu, saya teruja kerana musim perlawanan hoki ais NHL juga bermula pada bulan ini. Selain itu, ada satu lagi penambahan yang membuatkan saya begitu gembira kerana bermula bulan ini iaitu sepanjang musim luruh, saya menghadiri kelas luncur ais. Kisah sepenuhnya mengenai kelas yang saya hadiri boleh anda tonton di saluran You Tube saya. di dalam ruangan Shery NN Berbicara yang ke-33. https://youtu.be/GITnMLjNIfk

Musim luruh tahun ini juga buat pertama kalinya saya menambah hiasan dan dekorasi di dalam rumah. Sekali lagi, anda boleh lihat hiasan itu di dalam video yang saya nyatakan di atas tadi. Selain itu, saya turut membeli dua helai sarung kusyen dan baju-t musim luruh dari SHEIN. Sebagai pelanggan tetap SHEIN sejak dari tahun 2015, saya menggalakkan anda untuk membeli barangan dari jenama ini.

Anda akan mendapat diskaun 10% sekiranya membuat pendaftaran sebagai pelanggan baharu SHEIN. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web atau aplikasi. Sila ambil kod diskaun yang saya berikan di bawah ini.
https://shein.top/7tnunup



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *