Skip to content

Month: June 2022

Pemanduan Dari Calgary Ke Havre, Montana

6 Jun 2022Penerbangan dari Vancouver, British Columbia ke Calgary, Alberta berjalan lancar dan pesawat mendarat beberapa minit awal. https://sheryonthemove.com/?p=2629 Sebaik sahaja mengambil bagasi, suami datang menjemput saya di Lapangan Terbang Calgary. Kami melakukan beberapa urusan sedikit sebelum memulakan pemanduan menuju ke Havre, Montana, Amerika Syarikat (AS). Jarak dari lapangan terbang ke hotel di Havre ialah 509 kilometer. Sebelum memasuki sempadan, kami berhenti di Lethbridge, Alberta untuk makan tengah hari. Biasanya saya dan suami jarang makan tengah hari sewaktu melakukan pemanduan jarak jauh, tetapi hari itu saya tersangat lapar dan letih kerana tidak tidur semalaman. Kami meneruskan pemanduan selepas makan tengah…

Leave a Comment

Penerbangan Vancouver Ke Calgary

6 Jun 2022Saya mengambil penerbangan pada 6 Jun 2022 dari Vancouver ke Calgary, Alberta kerana ingin meneruskan pemanduan kembara USA. Penerbangan awal pagi itu ialah pada jam 6:30 pagi. Saya tidak tidur semalaman kerana bukan mudah untuk tidur awal pada malam berikutnya dan bangun seawal 2:00 pagi untuk bersiap dan ke lapangan terbang. Saya mengambil perkhidmatan Uber untuk ke lapangan terbang dan sebaik sahaja sampai di sana, saya terkejut melihat di dalam bangunan terminal yang sudah sesak dengan bakal penumpang. Saya tiba pada jam 3:30 pagi, dan tentunya penumpang lain sudah datang lebih awal dari saya. Walaupun saya telah melakukan…

Leave a Comment

Sambungan Pemanduan Dari Dickinson Ke Great Falls

Artikel ini ialah sambungan dari bahagian 1. Artikel mengenainya boleh anda baca melalui link ini. https://sheryonthemove.com/?p=2510 Tinggal lebih kurang 149 kilometer sebelum tiba di Great Falls, kami singgah di sebuah stesen minyak di Moore yang terletak di tepi simpang besar yang di sekelilingnya hanya terdapat ladang. Sebaik sahaja keluar dari kereta, saya dapat menghidu dengan kuat bau najis lembu atau kambing. Saya masuk ke stesen minyak kerana ini menggunakan tandas. Dari luar nampak bangunannya agak kecil tetapi saya tidak menyangka di dalamnya terdapat restoran dan kedai menjual cenderamata, minuman serta makanan ringan. Masuk di kedai ini memang terasa seperti berada…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Dickinson Ke Great Falls

Jarak pemanduan dari Dickinson, North Dakota ke Great Falls, Montana ialah 866 kilometer mengikut lebuh raya I-94. Kami berkesempatan singgah sebentar di Taman Negara Theodore Roosevelt yang terletak di tepi lebuh raya sahaja. https://sheryonthemove.com/?p=2477 Dari Taman Negara pemanduan teruskan menggunakan lebuh raya yang sama sehingga ke Billings, dan kemudian dari Billings kami mengikut jalan pendalaman. Pemanduan dari Billings ke Great Falls begitu menarik kerana kami memandu menempuhi beberapa perkampungan dan pekan ‘koboi’. Artikel ini terpaksa saya bahagikan kepada dua bahagian kerana terlalu banyak gambar yang ingin saya kongsikan. Lagi pendalaman tempat yang kami pandu, lagi banyak gambar yang dirakamkan. Itulah…

Leave a Comment

Taman Negara Theodore Roosevelt North Dakota

Pemanduan pada hari seterusnya ialah dari Dickinson, North Dakota ke Great Falls, Montana. Nampaknya kami menerima ‘bonus’ kerana di dalam pemanduan itu kami dapat singgah di sebuah Taman Negara yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya sahaja. Jarak Taman Negara Theodore Roosevelt ialah 60 kilometer. Sebelum tiba di Taman Negara, kami dapat melihat banyak bison di tepi jalan, manakala di kawasan perkarangan Taman Negara juga kami dapat melihat najisnya yang sangat besar. Saya ada kongsika dua gambar najis bison di bawah ini. Saya telah membeli beberapa cenderamata termasuk paspot Taman Negara Amerika Syarikat. Walaupun sebelum ini sudah banyak Taman Negara yang…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Minneapolis Ke Dickinson

Jarak pemanduan dari hotel Hilton Garden Inn menuju ke Dickinson, North Dakota ialah 861 kilometer. Ada dua tempat yang kami singgah iaitu di Jamestown di mana di situ terletaknya replika kerbau terbesar dunia. Ia terletak tidak jauh dari susur keluar lebuh raya. Kemudian kami singgah di ibu negeri North Dakota iaitu Bismarck. Walaupun sebelum ini kami sudah melawat ke bangunan pentadbiran dan perundangan negeri (State Capitol), tetapi kali ini tetap mahu singgah dan mengambil gambar. Nampaknya ada sedikit perubahan yang terdapat di sini di mana batu yang ditulis North Dakota State Capitol telah ditukar kepada lebih besar. Anda boleh gambar…

Leave a Comment

Hilton Garden Inn Mall Of America

Saya dan suami menginap dua malam di Hilton Garden Inn di Bloomington. Yang menarik tentang hotel ini ialah ia terletak berdekatan dengan pusat membeli belah terbesar di Amerika Syarikat iaitu Mall Of America (MOA). https://sheryonthemove.com/?p=2407 Rangkaian hotel Hilton Garden Inn di sini nampaknya sudah bertukar wajah. Konsep di dalam bilik dan bilik air sudah diubahsuai menjadikan ia lebih simple dan minimalis. Anda boleh lihat perbezaan dengan bilik hotel Hilton Garden Inn Fargo yang saya menginap pada malam sebelumnya . Di mana biliknya masih berkonsep lama. https://sheryonthemove.com/?p=2299 Hotel ini tidak menyediakan sarapan percuma tetapi meletak kenderaan di perkarangan tidak dikenakan bayaran.…

Leave a Comment

Pusat Membeli Belah Terbesar Di USA

Mall Of America (MOA) yang terletak di Bloomington, Minnesota ialah pusat membeli belah terbesar di Amerika Syarikat. Saya pernah datang ke MOA pada tahun 2015. Anda boleh baca artikel mengenainya yang pernah saya siarkan di dalam blog lama saya yang dan alamatnya saya diletakkan di bawah ini. Mall Of Americahttps://sharery.blogspot.com/2016/06/pusat-beli-belah-terbesar-di-amerika.htmlHard Rock Cafe Mall Of Americahttps://sharery.blogspot.com/2016/06/hard-rock-cafe-mall-of-america.html Saya berkeinginan untuk membeli cenderamata di Hard Rock Cafe MOA tetapi sangat menghampakan kerana ia telah ditutup. Mujurlah saya pernah membeli cenderamata sewaktu kedatangan sebelum ini. Manakala kedatangan kali ini pula (dua hari berturut-turut) sangat memuaskan hati kerana pada tujuh tahun lalu saya tidak berkesempatan…

Leave a Comment

Holy Land – Halal Minneapolis

Saya dan suami datang ke Holy Land atas cadangan dari sahabat saya Fifi yang menetap di Grand Froeks, North Dakota https://sheryonthemove.com/?p=2278. Beliau telah memberi saya dua pilihan dan setelah melihat menu, saya tertarik untuk datang ke sini. Keistimewaan Holy Land ialah di sini bukan sahaja menempatkan restoran tetapi juga pasar raya. Pendek kata seluruh bangunan ini sangat besar. Ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua bulan kami datang menikmati makanan di restoran halal yang pernah didatangi oleh Guy Fiery. Beliau merupakan pengacara rancangan jalan-jalan cari makan di saluran Food Network yang terkenal seluruh dunia. Kali pertama ialah pada bulan Mac…

Leave a Comment