Skip to content

Pemanduan Dari Calgary Ke Havre, Montana

6 Jun 2022
Penerbangan dari Vancouver, British Columbia ke Calgary, Alberta berjalan lancar dan pesawat mendarat beberapa minit awal. https://sheryonthemove.com/?p=2629

Sebaik sahaja mengambil bagasi, suami datang menjemput saya di Lapangan Terbang Calgary. Kami melakukan beberapa urusan sedikit sebelum memulakan pemanduan menuju ke Havre, Montana, Amerika Syarikat (AS). Jarak dari lapangan terbang ke hotel di Havre ialah 509 kilometer. Sebelum memasuki sempadan, kami berhenti di Lethbridge, Alberta untuk makan tengah hari. Biasanya saya dan suami jarang makan tengah hari sewaktu melakukan pemanduan jarak jauh, tetapi hari itu saya tersangat lapar dan letih kerana tidak tidur semalaman.

Kami meneruskan pemanduan selepas makan tengah hari. Elok sahaja memasuki negeri Montana, cuaca nampaknya berubah, tetapi ia sudah saya jangkakan kerana saya telah melihat ramalan kaji cuaca pada awal hari. Hujan pada petang itu turut menurunkan suhu dan pada sebelah petang, cuacanya sejuk.

Apabila sampai di Havre, kami teruja untuk makan di sebuah restoran pizza terkenal di bandar. Malangnya rezeki tidak menyebelahi kami kerana restoran itu tutup setiap hari Isnin. Kami kemudiannya membeli pizza di Domino’s dan makan di bilik hotel.

Anda boleh tonton video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-61 kerana saya kongsikan video lima hari pertama kembara USA bulan Jun 2022. https://youtu.be/EiSe2aq_Xeg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *