Saya menyukai hotel ini kerana banyak perkara. Antara yang ingin saya senaraikan ialah, keperluan asas di bilik mencukupi, bilik dan katil yang besar, sarapan pagi percuma serta pelbagai pilihan minuman dan makanan, ruang makan yang besar, tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran, dan lokasi hotel yang sangat strategik. Hotel ini dikelilingi dengan macam-macam tempat menarik…
Tag: north dakota
Pemanduan Dari Havre Ke Jamestown
7 Jun 2022Oleh kerana hari sebelumnya kami terlalu letih dan tidak cukup tidur, maka kami tidur awal dan pagi esoknya juga kami bangun awal. Selepas mengambil minuman panas di ruang makan (sarapan pagi percuma) di hotel Best Western Plus Great Northern Inn, Havre, kami memulakan pemanduan hari kedua sebelum jam 6:30 pagi. https://sheryonthemove.com/?p=2684 Hujan tidak…
Taman Negara Theodore Roosevelt North Dakota
Pemanduan pada hari seterusnya ialah dari Dickinson, North Dakota ke Great Falls, Montana. Nampaknya kami menerima ‘bonus’ kerana di dalam pemanduan itu kami dapat singgah di sebuah Taman Negara yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya sahaja. Jarak Taman Negara Theodore Roosevelt ialah 60 kilometer. Sebelum tiba di Taman Negara, kami dapat melihat banyak bison di…
Pemanduan Dari Minneapolis Ke Dickinson
Jarak pemanduan dari hotel Hilton Garden Inn menuju ke Dickinson, North Dakota ialah 861 kilometer. Ada dua tempat yang kami singgah iaitu di Jamestown di mana di situ terletaknya replika kerbau terbesar dunia. Ia terletak tidak jauh dari susur keluar lebuh raya. Kemudian kami singgah di ibu negeri North Dakota iaitu Bismarck. Walaupun sebelum ini…
Hilton Garden Inn Fargo, North Dakota
Hilton Garden Inn by Hilton Fargo terletak 8 kilometer dari pusat bandar Fargo https://sheryonthemove.com/?p=2290. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran tetapi sarapan pagi perlu dibayar. Inilah pertama kali saya melihat hotel yang meletakkan alat permainan Wii di bahagian lobi. Saya suka dengan bahagian lobi kerana susun atur perabot yang nampak selesa dan sesuai sekiranya tetamu…
Fargo, North Dakota, USA
Selepas melawat sahabat saya di Grand Forks https://sheryonthemove.com/?p=2278, pemanduan diteruskan ke Fargo yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit sahaja. Sebelum daftar masuk ke hotel, saya dan suami singgah ke pusat bandar untuk bergambar di tempat wajib yang perlu dilawati iaitu Fargo Theatre. Saya pernah bergambar di hadapan bangunan Fargo Theatre pada tujuh…
Bertemu Dengan Sahabat Instagram Di USA
Pemanduan satu hari yang bermula dari Esteven, Saskatchewan, Kanada menuju ke Fargo, North Dakota, Amerika Syarikat membawa saya dan suami ke beberapa tempat dan bandar baharu yang belum pernah kami lawati sebelum ini dan salah satunya ialah Grand Forks, North Dakota. Ada bonus lain mengapa kami membuat persinggahan di sini, iaitu ingin melawat sahabat baru…
Grand Forks, North Dakota, USA
Persinggahan terakhir kami sebelum bermalam di Fargo ialah Grand Forks. Grand Forks ialah bandar ketiga terbesar di negeri North Dakota selepas Fargo dan Bismarck. Di mana-mana bandar besar atau kecil yang dilawati, saya suka melihat seni bina bangunan lama dan begitu juga apabila berada di Grand Forks. Masa tidak mengizinkan untuk berada lama di pusat…
Titik Pertengahan Amerika Utara
Dari lokasi masjid pertama di Amerika Syarikat https://sheryonthemove.com/?p=2232 , pemanduan diteruskan dan kami singgah sebentar di bandar Minot. Sempatlah juga kami minum pagi di Starbucks dan seperti biasa kami akan membeli cawan kopi (mug) sebagai cenderahati. Di permukaan cawan kopi itu, ada gambar yang menyatakan titik pertengahan amerika utara terletak di North Dakota. Saya dan…
Masjid Pertama Di Amerika Syarikat
Impian saya dan suami untuk melawat ke masjid pertama dan tertua di Amerika Syarikat (AS) telah bertahun-tahun dipendamkan. iaitu setelah kami melawat ke gereja pertama di (tanah besar) AS pada 10 tahun lalu. Artikel mengenai lawatan ke gereja telah disiarkan di dalam blog lama saya. https://sharery.blogspot.com/search?q=santa+fe Walaupun kami kerap ke AS tetapi rezeki tidak menyebelahi…
