Skip to content

Taman Negara Theodore Roosevelt North Dakota

Pemanduan pada hari seterusnya ialah dari Dickinson, North Dakota ke Great Falls, Montana. Nampaknya kami menerima ‘bonus’ kerana di dalam pemanduan itu kami dapat singgah di sebuah Taman Negara yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya sahaja. Jarak Taman Negara Theodore Roosevelt ialah 60 kilometer.

Sebelum tiba di Taman Negara, kami dapat melihat banyak bison di tepi jalan, manakala di kawasan perkarangan Taman Negara juga kami dapat melihat najisnya yang sangat besar. Saya ada kongsika dua gambar najis bison di bawah ini.

Saya telah membeli beberapa cenderamata termasuk paspot Taman Negara Amerika Syarikat. Walaupun sebelum ini sudah banyak Taman Negara yang saya dan suami lawati, tetapi baharu kali ini kami mulai mengecop paspot. Harga pasport ini agak mahal iaitu $19 tetapi sangat berbaloi kerana di dalamnya terkandung banyak maklumat bertulis dan bergambar berserta peta Taman Negara di seluruh negara.

Video yang dirakamkan di Taman Negara Theodore Roosevelt boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery On The Move.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *