Jarak pemanduan dari Dickinson, North Dakota ke Great Falls, Montana ialah 866 kilometer mengikut lebuh raya I-94. Kami berkesempatan singgah sebentar di Taman Negara Theodore Roosevelt yang terletak di tepi lebuh raya sahaja. https://sheryonthemove.com/?p=2477
Dari Taman Negara pemanduan teruskan menggunakan lebuh raya yang sama sehingga ke Billings, dan kemudian dari Billings kami mengikut jalan pendalaman. Pemanduan dari Billings ke Great Falls begitu menarik kerana kami memandu menempuhi beberapa perkampungan dan pekan ‘koboi’.
Artikel ini terpaksa saya bahagikan kepada dua bahagian kerana terlalu banyak gambar yang ingin saya kongsikan. Lagi pendalaman tempat yang kami pandu, lagi banyak gambar yang dirakamkan. Itulah keistimewaan apabila melakukan kembara berkereta ini.
Artikel ini akan bersambung ke bahagian 2 tidak lama lagi.