Skip to content

Tag: montana

Taman Negara Glacier (Bahagian 3)

Artikel ini merupakan bahagian terakhir mengenai lawatan saya ke Taman Negara Glacier, Montana pada musim bunga yang lalu. Anda perlu baca dahulu dua artikel sebelum ini bagi mendapatkan maklumat lengkap beserta gambar-gambarnya sekali. Taman Negara Glacier (Bahagian 1)https://sheryonthemove.com/?p=6862 Taman Negara Glacier (Bahagian 2)https://sheryonthemove.com/?p=6916 Sama seperti di dalam artikel bahagian kedua, pemanduan pulang ini bertambah menarik dan memudahkan lagi untuk saya rakamkan gambar kerana pemandangan yang cantik ialah di sebelah kanan saya (di dalam kereta). Saya terpukau melihat pemandangan di luar kereta terutamanya sungai yang sangat jernih seperti cermin. Pemandangan ini mengingatkan saya akan Taman Negara Gunung Rainier di Washington, Amerika…

Leave a Comment

Taman Negara Glacier (Bahagian 2)

Artikel ini ialah mengenai lawatan saya ke Taman Negara Glacier, Montana, Amerika Syarikat pada musim bunga yang lalu. Untuk mendapatkan maklumat yang penuh beserta gambar-gambarnya sekali, anda perlu baca dahulu artikel bahagian pertama. Link saya letakkan di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=6862 Selepas bersiar-siar di Apgar Village dan melihat pemandangan Tasik McDonald, saya dan suami singgah di pusat khidmat pelancongan Apgar. Kami tidak beli sebarang cenderamata di sini tetapi datang dengan tujuan untuk menambah cop di dalam passport taman negara yang kami beli pada tahun lalu. Dari pusat khidmat pelancongan, kami mula memandu untuk pulang ke Whitefish. Nampaknya pemanduan pulang ini bertambah…

Leave a Comment

Taman Negara Glacier (Bahagian 1)

13 Mei 2023Artikel ini ialah mengenai kembara berkereta hari kedua merentasi 7 buah negeri di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2023. Anda boleh baca artikel kembara berkereta pada hari pertama melalui link di bawah ini.Hari Pertama Bahagian 1 |https://sheryonthemove.com/?p=6765Hari Pertama Bahagian 2https://sheryonthemove.com/?p=6787 13 Mei 2023Pemanduan ke Taman Negara Glacier pada sebelah pagi bermula dari hotel yang saya dan suami menginap selama 3 hari dua malam. Artikel mengenai hotel kami boleh anda baca di sini. https://sheryonthemove.com/?p=6826Jarak antara hotel dan pintu masuk Taman Negara (melalui pintu bahagian barat) ialah 41 kilometer dengan masa pemanduan lebih kurang 30 minit. Harga untuk masuk ke…

Leave a Comment

TownePlace Suites by Marriott Whitefish

Artikel ini berkait dengan kembara berkereta di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2023. Sila baca dua artikel terdahulu bagi mendapatkan cerita secara keseluruhan hari pertama pemanduan.Bahagian 1https://sheryonthemove.com/?p=6765Bahagian 2https://sheryonthemove.com/?p=6787 Hotel pertama yang saya dan suami menginap semasa kembara 10 hari di Amerika Syarikat ialah TownePlace Suites by Marriott Whitefish Kalispell, Montana. Hotel ini (termasuk hotel-hotel lain di Whitefish) adalah sangat strategik bagi pelancong yang ingin bermalam sebelum pergi ke Taman Negara Glacier. Oleh kerana saya dan suami sudah biasa bermalam di rangkaian hotel Marriott, maka kami tidak mempunyai sebarang masalah sewaktu menginap selama dua malam di hotel ini. Keadaan persekitaran juga…

Leave a Comment

Kembara USA Mei 2023 Bahagian 2

Artikel ini merupakan bahagian kedua hari pertama kembara berkereta pada bulan Mei 2023. Anda diminta baca dahulu artikel bahagian pertama sebelum meneruskan bacaan bahagian dua ini. Link artikel saya letakkan di bawah. https://sheryonthemove.com/?p=6765 12 Mei 2023Selepas merentasi negeri Washington dan Idaho, pemanduan diteruskan ke negeri ketiga iaitu Montana. Pemandangan di sepanjang pemanduan adalah sangat menakjubkan ditambah pula dengan cuaca yang baik. Oleh kerana itulah gambar-gambar yang dikongsikan di bawah ini hanya untuk negeri Montana sahaja. Sebelum daftar masuk ke hotel, kami makan malam terlebih dahulu di Kalispell. Dari Kalispell, pemanduan mengambil masa lebih kurang 22 minit untuk sampai ke hotel…

Leave a Comment

Kembara USA Mei 2023 Bahagian 1

Ini ialah artikel pertama bagi kembara berkereta selama 10 hari pada bulan Mei 2023 merentasi 7 buah negeri di Amerika Syarikat. Walaupun kesemua negeri itu telah saya dan suami lawati sebelum ini, tetapi kali ini kami melawat ke beberapa tempat baharu termasuk tiga buah Taman Negara. 12 Mei 2023Kembara hari pertama ialah pemanduan dari Vancouver, menuju je Whitefish, Montana. Saya dan suami bergerak dari rumah pada jam 2:47 pagi dan tiba di pintu sempadan antarabangsa Kanada/Amerika Syarikat pada 3:19 pagi. Lebih kurang jam 7:00 pagi, kami berhenti di hentian rehat untuk merehatkan mata sebentar. Persinggahan seterusnya ialah ke Moses Lake,…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Great Falls ke Edmonton

19 Jun 2022Pemanduan hari ke-14 ialah hari terakhir kembara USA bulan Jun 2022. Ia bermula dari Great Falls, Montana dan berakhir di Edmonton, Alberta, Kanada. Pada awal pagi di Great Falls, saya terasa begitu nyaman dan cuaca juga dingin. Suhu pada waktu itu paling rendah jika hendak dibandingkan dengan suhu pada hari-hari lain sewaktu kembara sepanjang 14 hari pada bulan itu. Ia seolah-olah memanggil saya pulang ke rumah kerana suhu sebegitu selalu dialami di Vancouver pada awal pagi Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, masa pemanduan ialah 7 jam 35 minit dengan jarak 798 kilometer. Tetapi pemanduan kami lebih lama sedikit…

Leave a Comment

Buffalo Ke Great Falls (Bahagian 2)

18 Jun 2022Artikel ini bersambung dari bahagian satu. Semua pengenalan dan cerita mengenai pemanduan dari Buffalo, Wyoming ke Great Falls, Montana ini telah saya tulis di dalam artikel bahagian pertama. Sila baca artikel itu melalui link yang saya berikan di sini. https://sheryonthemove.com/?p=4117 Anda juga boleh tonton video tiga hari terakhir kembara USA bulan Jun 2022 di dalam saluran You Tube saya. Linknya saya letakkan di bawah ini.https://youtu.be/GWtw2HIQk8k

Leave a Comment

Buffalo Ke Great Falls (Bahagian 1)

18 Jun 2022Pemanduan hari ke-13 kembara USA bulan Jun 2022 ialah dari Buffalo, Wyoming menuju ke Great Falls, Montana dengan jarak 615 kilometer. Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, ia mengambil masa 5 jam 50 minit. Pada hari itu saya dan suami bersiar-siar dahulu di dalam pusat bandar Buffalo dan kemudian baharu ke Great Falls. Link artikel mengenainya saya letakkan di sini.https://sheryonthemove.com/?p=3972 Apabila memasuki sahaja sempadan negeri Montana, kami sudah berada di tanah asal milik kaum asli Amerika iaitu puak Crow Reservation. Gambar lapan dari atas yang saya muat naik ialah papan tanda selamat datang ke negeri Montana dan gambar di…

Leave a Comment