Selepas berada di negeri Montana selama tiga hari dua malam dan melawat ke Taman Negara Glacier
https://sheryonthemove.com/?p=6862 serta kawasan persekitarannya, pemanduan bersambung menuju ke negeri South Dakota pada jam 5:18 pagi. Pada awal pemanduan, hari masih lagi gelap dan saya hanya rakamkan gambar apabila hari sudah semakin terang. Lihat gambar pertama yang saya kongsikan di bawah. Pemandangan di lereng gunung adalah sangat menenangkan.


Selepas 1 jam 15 minit pemanduan, kami berhenti di Marias Pass. Marias Pass dengan ketinggian 5,216 kaki terletak di bahagian selatan Taman Negara Glacier merupakan laluan gunung di pergunungan Rocky (Rocky Mountain) di negeri Montana. Marias Pass ialah lintasan terendah bagi Continental Divide antara Kanada dan tengah New Mexico. Continental Divide ialah kawasan muka bumi bertingkat yang memisahkan sistem sungai benua yang mengalir ke lembangan yang berbeza.
Pada awalnya, saya tidak tahu yang Marias Pass merupakan salah satu tempat tumpuan pengunjung yang ingin ke Taman Negara Glacier. Mujurlah kami berada di sini pada awal pagi iaitu sebelum jam 7:00 pagi dan tidak ada orang lain. Suasana pada awal pagi sangat mendamaikan dengan suhu rendah serta sejuk. Di kesempatan itu, kami turut meluangkan masa singgah di tugu peringatan yang berdekatan.



Sila lihat satu per satu gambar-gambar di tugu peringatan ini dan baca penerangannya kerana ia telah mengulas dengan terperinci sejarah Marias Pass.














Artikel bahagian dua pemanduan dari negeri Montana ke South Dakota akan bersambung selepas ini.
