Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada semua pembaca dan pengikut Shery On The Move. Semoga anda semua jaga diri dengan menjaga dan seimbangkan kesihatan mental dan fizikal. Gambar di bawah dirakamkan pada 1 Januari 2023 di Steveston, British Columbia, Kanada. Selepas artikel ini, saya akan menyambung siar semula artikel mengenai kembara…
Category: Writing
Musim Luruh 2022 Lambat Sebulan
Jika anda ikuti dan membaca artikel saya sejak dari laman blog yang lama, pasti anda perasan yang saya banyak kongsikan gambar pemandangan indah musim luruh di Vancouver setiap bulan dan setiap tahun. Tahun ini hanya satu artikel yang dapat saya kongsikan gambar daun-daun yang berguguran kerana saya tidak luangkan banyak masa di Kanada sebaliknya di…
Bertemu Wartawan Bebas Terkenal Kanada
5 Oktober 2022Saya dan suami telah mengikuti perkembangan serta kerja-kerja yang dilakukan oleh wartawan bebas terkenal Kanada iaitu Aaron Gunn di laman media sosial sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau seorang yang berani, bersuara lantang dan telus dalam menyampaikan berita serta maklumat sahih yang tidak akan diperolehi daripada media seperti stesen televisyen, radio dan berita…
Hari Terakhir Musim Panas 2022
21 September 2022Saya dan suami luangkan hari terakhir musim panas di Vancouver bersama sahabat kami dari Singapura iaitu Eda dan suaminya Faisal yang datang bercuti selama enam hari bermula dari 20 September hingga 25 September.Cuaca pada hari terakhir musim panas tersangat bagus kerana panas dan terang benderang dengan suhu sekitar 20 darjah Celsius. Ia sangat…
Berjumpa Ahli Politik Kanada
Kenangan paling manis saya pada musim panas tahun 2022 ialah apabila saya berpeluang berjumpa dengan salah seorang ahli politik terkenal Kanada iaitu Pierrie Poilievre. Perjumpaan pada 29 Ogos itu ialah bersempena dengan kempen beliau untuk bertanding sebagai ketua Parti Konservatif Kanada (Conservative Party Of Canada). Beliau pernah datang ke Vancouver beberapa bulan sebelum kempen bulan…
Restoran Pizza Hut Klasik Di Buffalo, Wyoming
Kami telah melakukan daftar masuk hotel dan kemudian keluar semula untuk makan malam di restoran Pizza Hut yang berdekatan dengan hotel. Saya menyukai restoran ini kerana bangunan serta hiasan dalamannya yang masih mengekalkan ciri-ciri lama. Ia seolah-olah membawa pelanggan ke zaman 80an atau 90an. Saya dan suami pernah ke sebuah lagi restoran Pizza Hut lama…
Salam Aidilfitri 2022
1 Syawal ialah hari kemenangan umat Islam. Walau apa dugaan yang Allah berikan kepada kita, raya tetap raya cuma sambutan setiap orang itu mungkin berbeza. Tidak ada istilah tidak boleh beraya atau tidak mahu beraya. Tahun 2008, bapa saya meninggal dunia kurang 24 jam sebelum hari raya, namun keesokan harinya kami sekeluarga tetap berhari raya…
30 Ramadan & Bulan Kesedaran Kesihatan Mental
Sewaktu artikel ini ditulis, tinggal lebih kurang dua jam lagi untuk saya berbuka puasa. Maka berakhirlah bulan Ramadan tahun 2022. Setiap tahun semua orang akan berasa sedih untuk tinggalkan bulan yang mulia ini. Bagi saya pula, perasaan sedih itu lebih sangat terasa pada tahun ini berbanding sebelumnya. Saya berasa sebak dan hiba sewaktu awal Ramadan,…
Fairfield Inn & Suites by Marriott Helena, Montana
Tidak ada sebarang aduan yang ingin saya katakan mengenai hotel yang saya dan suami menginap di Helena, Montana. Walaupun hotel ini agak kecil tetapi semua keperluan cukup serba serbinya. Sarapan pagi percuma turut dihidangkan kepada tetamu. Oleh kerana saya terlalu letih dan menanggung kesakitan kaki, maka saya terpaksa melupakan hasrat untuk berenang. Saya tidak dapat…
Selamat Hari Lahir, Mak
Hari ini bersamaan 14 April ialah hari ulang lahir mak saya. Jika mak masih ada, umur mak sekarang ialah 83 tahun. Sudah dua tahun mak tidak dapat menyambut hari lahir di dunia ini. Saya bersyukur kerana berpeluang menyambut hari lahir mak pada tahun 2019. Itulah kali terakhir saya dapat sambut bersama dan memeluk serta mencium…
