Skip to content

Bertemu Wartawan Bebas Terkenal Kanada

5 Oktober 2022
Saya dan suami telah mengikuti perkembangan serta kerja-kerja yang dilakukan oleh wartawan bebas terkenal Kanada iaitu Aaron Gunn di laman media sosial sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau seorang yang berani, bersuara lantang dan telus dalam menyampaikan berita serta maklumat sahih yang tidak akan diperolehi daripada media seperti stesen televisyen, radio dan berita bercetak di negara ini.

Aaron Gunn juga telah melaporkan banyak maklumat bergambar dan video di dalam saluran You Tube beliau. Majoriti laporan itu adalah berkenaan dengan masalah dan ketidak telusan kerajaan di British Columbia dan secara tidak langsung ia juga telah membabitkan kepada kerajaan persekutuan.

Setiap tahun beliau menghasilkan dokumentari bersiri mengenai masalah dalaman negara yang disiarkan di saluran You Tube. Bagi dokumentari bersiri tahun 2022 pula, episod pertama dilancarkan pada 4 Oktober 2022 di mana pada hari itulah saya dan suami berpeluang berjumpa dengan Aaron Gunn.

Kami hadir pada hari tayangan perdana dokumentari episod pertama yang bertajuk Vancouver Is Dying di sebuah universiti di Vancouver. Selepas tayangan perdana, Aaron Gunn bersama beberapa ahli panel telah mengadakan sesi soal jawab bersama para hadirin. Antara ahli panel dan tetamu yang hadir ialah mereka yang ada ditemu bual oleh Aaron Gunn di dalam dokumentari itu. Terlalu panjang untuk diceritakan mengenai episod pertama ini. Apa yang dapat saya simpulkan ialah, saya sebagai penduduk Vancouver begitu memahami akan dokumentari ini.

Saya sudah beberapa kali nyatakan sebelum ini dan sekali lagi saya nyatakan di sini bahawa Kanada ialah sebuah negara yang bermasalah. Anda boleh tonton Vancouver Is Dying melalui link di bawah ini. https://youtu.be/PT8OU8Yhs_s
Sehingga ke hari ini, jumlah penonton Vancouver Is Dying ialah 2.2 juta tontonan.

j
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *