Skip to content

Tag: halal

Restoran Halal Di Edmonton, Alberta

Sewaktu percutian musim sejuk saya di Edmonton. Alberta pada bulan Mac yang lalu, saya dan suami telah pergi ke beberapa buah restoran kegemaran kami. Walaupun kedatangan saya itu bukanlah kali pertama, tetapi saya tetap ingin kongsikan dengan anda gambar-gambar sewaktu saya menikmati hidangan makanan. Sepanjang satu minggu di Edmonton, saya telah pergi ke Dickey’s Barbecue Pit sebanyak dua kali. Menu yang saya dan suami pesan sama seperti setiap kali kami datang ke sini. Walaupun di dalam gambar nampak makanannya agak sedikit, tetapi satu talam itu sangat mengenyangkan. BoardwalkRestoran ini juga merupakan kegemaran saya dan suami. Kami sudah menikmati makanan di…

Leave a Comment

Tetamu Dari Seattle Datang Vancouver

Sahabat saya dari Seattle, iaitu Mida bersama suaminya Yusuf dan anak mereka Hakim telah datang bercuti hujung minggu ke Vancouver. Pada sebelah malam sebelum mereka pulang, saya bawa mereka makan malam di sebuah restoran kegemaran saya iaitu Silkway Halal Cuisine. Di sini saya kongsikan gambar-gambar sewaktu makan malam. Anda juga boleh ikuti saluran You Tube Mida melalui link ini.https://www.youtube.com/@InForeignParts

2 Comments

Albuquerque, New Mexico

Selepas daftar masuk di hotel Hampton Inn by Hilton Albuquerque University/Midtown, https://sheryonthemove.com/?p=6173saya dan suami telah keluar semula untuk makan malam. Tetapi, sebelum itu kami singgah sebentar di gedung beli belah Target kerana suami ingin membeli cenderamata di Starbucks. Sudah banyak cawangan Target di serata Amerika yang pernah kami pergi, tetapi ini pertama kali kami melihat Target yang mempunyai tempat letak kereta berbumbung. Bukan itu sahaja, malah ini pertama kali kami perlu menggunakan tangga bergerak untuk naik ke pintu masuk. Selalunya Target hanya terletak di paras jalan raya sahaja. Target ini mengingatkan saya seperti IKEA. Selepas Target, kami singgah pula ke…

Leave a Comment

Salima Specialties – Halal Renton

Pada awal bulan Oktober yang lalu, saya dan suami telah membawa sahabat kami dari Singapura berjalan-jalan di Seattle, Bellevue dan Renton. Anda boleh baca artikel itu melalui link di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=5629 Sewaktu di Renton, kami telah makan tengah hari di sebuah restoran halal yang diberi nama Salima Specialties. Di bawah ini saya senaraikan minuman dan makanan yang kami nikmati serta rumusannya sekali. Teh tarik – sekadar ok.Bandung – rasanya agak pelik dan besar kemungkinan kesilapan itu dari sirap ros yang mereka gunakan.Chicken Satay Banh Mi Sandwich – Oleh kerana pemilik restoran bukan berasal dari Malaysia atau Singapura, jadi satay…

Leave a Comment

Seattle-Bellevue-Renton Oktober 2022

Beberapa artikel sebelum ini saya telah siarkan mengenai sahabat saya dan suami dari Singapura yang datang bercuti di Vancouver dan Seattle pada bulan September 2022. Pada awal bulan Oktober 2022 pula, sahabat kami datang (tanpa isteri) sekali lagi ke Seattle kerana urusan kerja. Sementelah saya dan suami tidak melakukan kembara berkereta jarak jauh pada waktu itu, maka kami mengambil keputusan untuk bermalam di Seattle dan dapat membawa sahabat kami berjalan-jalan. 6 Oktober 2022Pada hari pertama, kami bertiga berjalan-jalan dan makan tengah hari di pusat bandar Seattle dan kemudian menghabiskan waktu petang dan malam di Bellevue. Kami telah pergi makan malam…

Leave a Comment

Daves’s Hot Chicken – Halal Detroit

9 Jun 2022Saya dan suami datang ke Dave’s Hot Chicken untuk makan malam pada hari ke-4 pemanduan kembara USA bulan Jun 2022 yang bermula dari Bloomington, Minnesota menuju ke Detroit, Michigan. Lokasi restoran ini terletak tidak jauh dari hotel kami menginap di Detroit. Pada awalnya kami ingin batalkan sahaja makan malam di Dave’s Hot Chicken kerana kami melihat ramai orang sehingga mereka berdiri di pintu luar. Tetapi apabila masuk, baharu kami nampak masih ada beberapa meja kosong. Rupanya pelanggan lebih banyak membeli untuk dibawa pulang berbanding makan di situ. Suami saya mengikuti perkembangan Dave’s Hot Chicken melalui Instagram sejak Dave’s…

Leave a Comment

Holy Land – Halal Minneapolis

Saya dan suami datang ke Holy Land atas cadangan dari sahabat saya Fifi yang menetap di Grand Froeks, North Dakota https://sheryonthemove.com/?p=2278. Beliau telah memberi saya dua pilihan dan setelah melihat menu, saya tertarik untuk datang ke sini. Keistimewaan Holy Land ialah di sini bukan sahaja menempatkan restoran tetapi juga pasar raya. Pendek kata seluruh bangunan ini sangat besar. Ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua bulan kami datang menikmati makanan di restoran halal yang pernah didatangi oleh Guy Fiery. Beliau merupakan pengacara rancangan jalan-jalan cari makan di saluran Food Network yang terkenal seluruh dunia. Kali pertama ialah pada bulan Mac…

Leave a Comment

Dickey’s Barbecue Pit – Halal Edmonton

Dickey’s Barbecue Pit merupakan restoran bbq bercawangan yang berpengkalan di Dallas, Texas. Perniagaan ini bermula pada tahun 1941 dan sehingga ke hari ini telah mempunyai ratusan cawangan. Tidak ada restoran dan menu halal di seluruh cawangan Dickey’s di USA tetapi yang ingin saya ceritakan di sini ialah cawangan pertama dan tunggal di Kanada yang 100% menunya halal. Dickey’s Barbecue Pit di Edmonton, Alberta baharu sahaja menjalankan perniagaan beberapa bulan lalu. Tepukan harus diberikan kepada pemilik cawangan ini yang bernama Muhammed Hussain. Anda boleh baca artikel mengenainya di sini. https://edmonton.ctvnews.ca/texas-style-barbecue-restaurant-to-open-canada-s-first-location-in-edmonton-1.5865705 Oleh kerana restoran ini ialah bercawangan, maka menunya perlu diseragamkan. Akan…

Leave a Comment

Boardwalk Burgers – Halal Edmonton

Saya dan suami pasti menikmati makanan di Boarwalk Burgers setiap kali kami berada di Edmonton atau Calgary, Alberta. Restoran ini menyajikan 100% menu yang halal. Saya telah siarkan artikel mengenainya di dalam laman blog lama. https://sharery.blogspot.com/2020/10/makanan-halal-di-edmonton.html

Leave a Comment