Skip to content

Restoran Halal Di Edmonton, Alberta

Sewaktu percutian musim sejuk saya di Edmonton. Alberta pada bulan Mac yang lalu, saya dan suami telah pergi ke beberapa buah restoran kegemaran kami. Walaupun kedatangan saya itu bukanlah kali pertama, tetapi saya tetap ingin kongsikan dengan anda gambar-gambar sewaktu saya menikmati hidangan makanan.

Sepanjang satu minggu di Edmonton, saya telah pergi ke Dickey’s Barbecue Pit sebanyak dua kali. Menu yang saya dan suami pesan sama seperti setiap kali kami datang ke sini. Walaupun di dalam gambar nampak makanannya agak sedikit, tetapi satu talam itu sangat mengenyangkan.

Boardwalk
Restoran ini juga merupakan kegemaran saya dan suami. Kami sudah menikmati makanan di sini banyak kali dan pergi ke beberapa cawangan di Edmonton dan Calgary. Pendek kata, hampir semua jenis burger telah kami cuba.

Chilli Peppers Indo Chinese Cuisine
Ini ialah kali kedua saya datang ke restoran Chilli Peppers Indo Chinese Cuisine. Kali pertama kedatangan saya ke sini ialah pada tahun 2020. Oleh kerana pada malam itu saya dan suami dalam keadaan antara lapar dan tidak, makan kami hanya beli mee goreng dan kongsi bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *