Ini ialah artikel terakhir mengenai percutian saya di Edmonton, Alberta, Kanada pada musim sejuk tahun 2023. Di sini saya kongsikan gambar-gambar sewaktu di dalam penerbangan pulang ke Vancouver. Cuaca di Edmonton pada hari itu sangat baik. Walaupun sejuk tetapi terang benderang sehinggalah apabila hampir mendarat di Vancouver di mana hujan mulai turun. Anda boleh baca semuar artikel mengenai percutian saya di Edmonton melalui link di bawah ini. Penerbangan Dari Vancouver Ke Edmontonhttps://sheryonthemove.com/?p=6504 Elk Island National Park, Albertahttps://sheryonthemove.com/?p=6525 Restoran Halal Di Edmontonhttps://sheryonthemove.com/?p=6554 TownePlace Suites by Marriott Edmonton Southhttps://sheryonthemove.com/?p=6585 Restoran Indonesia Di Edmontonhttps://sheryonthemove.com/?p=6618 Musim Sejuk Di Edmontonhttps://sheryonthemove.com/?p=6633 Element by Westin Edmonton Westhttps://sheryonthemove.com/?p=6656
Leave a CommentTag: edmonton
Sepanjang lapan hari saya dan suami berada di Edmonton, Alberta, Kanada, kami menginap di dua buah hotel berbeza. Yang pertama ialah TownePlace Suites by Marriott Edmonton South https://sheryonthemove.com/?p=6585dan kedua ialah Element by Westin Edmonton West. Saya sudah beberapa kali menginap di hotel-hotel yang berdekatan dengan Element by Westin Edmonton West kerana kedudukan yang strategik. Ia berdekatan dengan pusat membeli belah, pasar raya, kafe dan restoran termasuk sebuah restoran halal (di belakang hotel). Melalui pengalaman saya menginap di hotel Element di Kanada dan Amerika Syarikat, ada dua sebab saya menyukai rangkaian hotel ini. Yang pertama ialah kerana biliknya yang mempunyai dapur…
Leave a CommentArtikel kali ini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar yang dirakamkan sewaktu saya berada di Edmonton, Alberta, Kanada pada musim sejuk bulan Mac 2023. Video sepanjang saya di ibu negeri Alberta ini boleh juga ditonton melalui saluran YouTube Shery On The Move. Link diletakkan di bawah ini.https://youtu.be/B7WjAZKHug8?si=OckksG9jWSlIO56f
Leave a CommentPadmanadi di Edmonton, Alberta, Kanada ialah restoran yang menghidangkan makanan dari 100% bahan berasaskan sayur-sayuran dan plant-based. Makanan yang dihidangkan berunsurkan latar belakang dari negara Indonesia, Thailand, India dan China. Melalui tajuk di atas, saya letakkan restoran Indonesia kerana pemilik restoran ini berasal dari Indonesia. Di dalam satu minggu, kami datang ke Padmanadi dua kali untuk menikmati hidangan di sini. Hidangan yang kami nikmati sangat menyelerakan, dan ditambah pula apabila makan bersama nasi lemak (coconut rice). Oleh kerana sangat sedap, saya mengambil peluang untuk bawa pulang satu hidang pulang ke Vancouver. Padmanadi mempunyai dua buah cawangan di Edmonton, dan kami…
Leave a CommentDi dalam artikel ini saya kongsikan gambar-gambar yang dirakamkan di hotel penginapan saya sewaktu bercuti di Edmonton pada musim sejuk yang lalu.Saya berpuas hati dengan keluasan bilik yang lengkap dengan dapur dan almari baju yang luas. Tempat meletak kenderaan dan sarapan pagi setiap hari adalah percuma. Anda juga boleh tonton video penuh (hotel tour) yang telah saya kongsikan di saluran YouTube Shery ON The MOve. Link diletakkan di bawah ini. https://youtu.be/EwSuypThv9M?si=pVds9G49FF17Y7WI
Leave a CommentArtikel ini ialah mengenai penerbangan yang saya naiki dari Vancouver ke Edmonton pada hari pertama percutian musim sejuk bulan Mac 2023. 13 Mac 2023Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada jam 1:00 tengah hari dengan suhu 6 darjah Celsius. Dalam keadaan cuaca yang terang benderang, selepas beberapa minit berlepas, saya berpeluang melihat keindahan pusat bandar Vancouver dari tingkap pesawat. Kemudian pemandangan beralih pula dengan melihat gunung ganang yang diselaputi salji tebal sehinggalah mendarat di Edmonton. Cuaca di Edmonton berbeza dengan di Vancouver kerana suhu sewaktu mendarat ialah -15 darjah Celsius dan juga mendung. Walaupun pada petang itu salji tidak…
Leave a CommentIni merupakan kali kedua saya datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton. Kali pertama ialah pada musim panas tahun 2020 di mana saya dan suami hanya pandu lalu di hadapan bangunan terminal yang ‘mati’ gara-gara pandemik dan tidak ada satu pun penerbangan pada tahun itu. Kedatangan kali kedua pula ialah sewaktu saya menaiki penerbangan dari Edmonton untuk pulang ke Vancouver setelah selesai kembara 14 hari di Amerika Syarikat. Gambar pertama dari atas dirakamkan sewaktu saya sedang sarapan pagi di hotel. dan pada sebelah petang saya menaiki Uber menuju ke lapangan terbang. Suami saya tidak dapat hantar ke lapangan terbang kerana mesyuarat…
Leave a Comment19 Jun 2022Pemanduan hari ke-14 ialah hari terakhir kembara USA bulan Jun 2022. Ia bermula dari Great Falls, Montana dan berakhir di Edmonton, Alberta, Kanada. Pada awal pagi di Great Falls, saya terasa begitu nyaman dan cuaca juga dingin. Suhu pada waktu itu paling rendah jika hendak dibandingkan dengan suhu pada hari-hari lain sewaktu kembara sepanjang 14 hari pada bulan itu. Ia seolah-olah memanggil saya pulang ke rumah kerana suhu sebegitu selalu dialami di Vancouver pada awal pagi Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, masa pemanduan ialah 7 jam 35 minit dengan jarak 798 kilometer. Tetapi pemanduan kami lebih lama sedikit…
Leave a CommentPemanduan dari Edmonton, Alberta menuju ke Estevan, Saskatchewan bermula pada jam 5:00 pagi dengan jarak 993 kilometer. Cuaca pada awal pagi adalah baik, kemudian apabila sudah memasuki Saskatchewan hujan turun dengan lebatnya. Pada waktu tengah hari mending dan kemudian baharu panas terik. Jika anda lihat gambar lima dari bawah, ia dirakamkan di sebuah rumah di Estevan. Cuba perhatikan betul-betul apa yang ditulis di atas bendera itu. Ini bukan pertama kali saya melihat tulisan itu tetapi sebelum ini ramai yang melekatkan pelekat di kereta. Secara peribadi, saya tidak membencikan orang yang mengibarkan bendera atau melekat pelekat. Mereka berhak bersuara dan saya…
Leave a Comment