Skip to content

Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton

Ini merupakan kali kedua saya datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton. Kali pertama ialah pada musim panas tahun 2020 di mana saya dan suami hanya pandu lalu di hadapan bangunan terminal yang ‘mati’ gara-gara pandemik dan tidak ada satu pun penerbangan pada tahun itu. Kedatangan kali kedua pula ialah sewaktu saya menaiki penerbangan dari Edmonton untuk pulang ke Vancouver setelah selesai kembara 14 hari di Amerika Syarikat.

Gambar pertama dari atas dirakamkan sewaktu saya sedang sarapan pagi di hotel. dan pada sebelah petang saya menaiki Uber menuju ke lapangan terbang. Suami saya tidak dapat hantar ke lapangan terbang kerana mesyuarat yang beliau hadiri tidak dapat selesai seperti yang dijangkakan.

Selepas daftar masuk dan melepasi kawalan pengawal, saya gunakan masa meninjau kawasan dalam terminal. banyak masa untuk meninjau kedai-kedai di dalam terminal. Lapangan terbang ini bertaraf antarabangsa tetapi bangunan terminalnya tidaklah besar dan saya tidak terpegun melihatnya. Banyak juga kedai-kedai yang tutup awal walaupun masih ramai penumpang pada petang itu.

Sewaktu hendak berbaris untuk memasuki pesawat, saya sempat melihat waktu penerbangan saya di skrin tv. Baharu saya tahu yang penerbangan saya pada jam 8:30 malam (di luar masih terang benderang) merupakan penerbangan kedua terakhir bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton pada hari itu. Kerana itulah saya katakan pada awal tadi yang lapangan terbang ini agak kecil dan kedai-kedai pun tutup awal. Rupanya penerbangan terakhir dari sini juga berlepas pada awal malam.

Pada hari saya menulis artikel ini (9 Oktober 2022), saya telah melihat waktu perlepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton. Nampaknya sudah ada penerbangan sehingga ke lewat tengah malam. Ini bermakna jadual penerbangan pada bulan Jun yang lalu tidak banyak seperti sekarang ini.

Anda juga boleh tonton video tiga hari terakhir kembara USA bulan Jun 2022 di dalam saluran You Tube Shery On The Move. Link saya letakkan di bawah ini.
https://youtu.be/GWtw2HIQk8k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *