Selepas lawatan ke Carhenge dan pusat bandar Alliance;
Carhenge Bahagian 1 https://sheryonthemove.com/?p=7433
Carhenge Bahagian 2 https://sheryonthemove.com/?p=7475
Alliance https://sheryonthemove.com/?p=7532
kami pulang semula ke negeri South Dakota untuk pergi ke beberapa lagi tempat menarik. Lebih kurang 1 jam 10 minit pemanduan, kami singgah untuk mengambil gambar di sempadan negeri antara Nebraska dan South Dakota dan seterusnya menyambung lagi pemanduan selama 37 minit untuk tiba di Hot Springs.
Populasi penduduk di Hot Springs yang dikira sehingga tahun 2020 ialah 3,395 orang. Jika dengar dari namanya, saya pasti ramai yang menganggap saya ingin pergi ke tempat air terjun atau untuk berkelah. Walaupun Hot Springs menjadi tarikan pelancong dengan pelbagai aktiviti luar, tetapi saya dan suami hanya luangkan masa di pusat bandar sahaja.
Dalam masa kami berjalan-jalan di dalam pusat bandar Hot Springs, saya banyak mengambil gambar bangunan-bangunan lama kerana saya sangat suka dengan seni binanya. Hot Springs juga mengingatkan saya akan pekan-pekan ‘koboi’ lain yang pernah saya lawati. Lebih menarik lagi apabila kami dapat melihat dari dekat penjara lama seperti pondok yang masih kukuh di situ.
Bersebelahan dengan penjara terletaknya sebuah bangunan yang dibina dari pink sandstone yang dahulunya merupakan salah satu stesen keretapi terkecil di dunia. Kini bangunan itu digunakan sebagai pusat maklumat pelancongan. Sebelum meninggalkan Hot Springs, kami singgah di tempat yang boleh dikatakan wajib untuk mengambil gambar iaitu pejabat pos.
Dari Hot Springs, kami akan menuju ke bandar nombor dua terbesar di negeri South Dakota. Artikel mengenainya akan disiarkan selepas dari artikel ini.
























