Saya pasti ramai yang mengenali tempat tarikan pelancong terkenal iaitu Stonehenge di England. Artikel kali ini saya bawa anda ke satu tempat di Alliance, Nebraska, Amerika Syarikat di mana ia menyerupai Stonehenge tetapi ia dibina menggunakan kereta. Kedatangan ke sini merupakan impian suami saya kerana beliau sudah lama teringin untuk melihat carhenge dengan lebih dekat.
Kami sampai pada awal pagi dan saya percaya kami ialah pengunjung pertama pada hari itu. Cuaca semasa kami tiba awalnya agak berkabus dan tidak lama kemudian baharu cerah sedikit tetapi masih lagi berawan. Sebelum meninjau dan berjalan dengan lebih jauh, kami terlebih dahulu membaca semua maklumat yang dikongsikan di tiga papan tanda.





Untuk artikel bahagian pertama ini, gambar-gambar yang saya kongsikan ialah kereta-kereta dan rangkanya yang ditanam separuh di persekitaran bulatan Carhenge yang berwarna kelabu itu. Bagi pendapat saya, yang menarik perhatian para pengunjung dengan kereta yang ditanam ini ialah mengenai keseniannya dan juga model-model kereta lama ini banyak yang sudah tidak lagi dipandu pada zaman sekarang.


















Artikel ini akan bersambung ke bahagian dua tidak lama lagi di mana saya akan bawa para pembaca ke bulatan Carhenge. Sebelum itu, anda boleh baca artikel yang sebelum ini iaitu mengenai pemanduan merentasi dua buah negeri untuk sampai ke Carhenge dengan bertemankan pemandangan yang indah dan cuaca yang bertukar-tukar di sepanjang hampir tiga pemanduan. Link artikel saya letakkan di bawah ini. Selamat membaca.
https://sheryonthemove.com/?p=7421
