18 Jun 2022Pemanduan hari ke-13 kembara USA bulan Jun 2022 ialah dari Buffalo, Wyoming menuju ke Great Falls, Montana dengan jarak 615 kilometer. Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, ia mengambil masa 5 jam 50 minit. Pada hari itu saya dan suami bersiar-siar dahulu di dalam pusat bandar Buffalo dan kemudian baharu ke Great Falls. Link…
Tag: buffalo
Buffalo, Wyoming
Buffalo ialah sebuah bandar kecil yang terletak di kaki gunung (Bighorn Mountains) di negeri Wyoming, Amerika Syarikat. Walaupun bandar kecil tetapi ia menjadi tumpuan pelancong kerana kedudukan Buffalo boleh dikatakan pertengahan antara dua buah Taman Negara. Jarak Buffalo dengan Tugu Peringatan Negara Gunung Rushmore ialah 327 kilometer dan jarak Buffalo dengan Taman Negara Yellowstone ialah…
Restoran Pizza Hut Klasik Di Buffalo, Wyoming
Kami telah melakukan daftar masuk hotel dan kemudian keluar semula untuk makan malam di restoran Pizza Hut yang berdekatan dengan hotel. Saya menyukai restoran ini kerana bangunan serta hiasan dalamannya yang masih mengekalkan ciri-ciri lama. Ia seolah-olah membawa pelanggan ke zaman 80an atau 90an. Saya dan suami pernah ke sebuah lagi restoran Pizza Hut lama…
Hampton Inn & Suites Buffalo, Wyoming
Buffalo, Wyoming ialah sebuah bandar yang kecil. Hotel-hotel di sini agak terhad berbanding bandar yang berdekatan dengannya. Sekiranya anda memandu dari arah Denver atau Cheyenne, saya sarankan anda mencari hotel di sekitar Casper. Suami memilih untuk bermalam di Buffalo kerana jarak pemanduan yang masih tidak terlalu jauh dari Denver iaitu bandar yang kami bermalam satu…
Pemanduan Dari Denver Ke Buffalo
17 Jun 2022Pemanduan hari ke-12 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022 ialah dari Denver, Colorado menuju ke Buffalo, Wyoming dengan jarak antara kedua buah bandar ialah 626 kilometer. Bagi saya dan suami yang biasa melakukan pemanduan jarak jauh, jarak seperti ini adalah pendek bagi kami. Walaupun ianya pemanduan yang pendek tetapi kami tidak terburu-buru…
Pemanduan Dari Minneapolis Ke Dickinson
Jarak pemanduan dari hotel Hilton Garden Inn menuju ke Dickinson, North Dakota ialah 861 kilometer. Ada dua tempat yang kami singgah iaitu di Jamestown di mana di situ terletaknya replika kerbau terbesar dunia. Ia terletak tidak jauh dari susur keluar lebuh raya. Kemudian kami singgah di ibu negeri North Dakota iaitu Bismarck. Walaupun sebelum ini…
