Skip to content

Buffalo, Wyoming

Buffalo ialah sebuah bandar kecil yang terletak di kaki gunung (Bighorn Mountains) di negeri Wyoming, Amerika Syarikat. Walaupun bandar kecil tetapi ia menjadi tumpuan pelancong kerana kedudukan Buffalo boleh dikatakan pertengahan antara dua buah Taman Negara. Jarak Buffalo dengan Tugu Peringatan Negara Gunung Rushmore ialah 327 kilometer dan jarak Buffalo dengan Taman Negara Yellowstone ialah 426 kilometer.

Gambar-gambar di bawah dirakamkan bermula dari perkarangan hotel sehingga ke pusat bandar. Seperti yang pernah saya beritahu sebelum ini, lagi kecil bandar yang dilawati, lagi banyak tempat serta pemandangan menarik yang ingin saya rakamkan gambarnya. Negeri Wyoming bukan sahaja terkenal dengan negeri cowboys tetapi juga ia juga berkait dengan haiwan bison. Jadi di Buffalo para pelawat boleh lihat kedua ikon ini di pelbagai gambar, poster dan papan tanda.

Satu lagi tempat terkenal atau ikon bandar Buffalo ialah hotel Occidental. Di dalam satu gambar selfie saya yang berlatar belakangkan hotel ini, ia seakan-akan seperti saya berdiri di hadapan sebuah lukisan. Saya juga turut mengambil gambar hotel dari jarak dekat dan dari pelbagai sudut berbeza. Pendek kata apabila berdiri di hadapan hotel ini terasa seperti saya sedang berada di dalam set pengambaran filem cowboys dan begitu juga di keseluruhan bandar.

Persekitaran bandar pada hari saya lawati agak sunyi kerana jatuh pada hari Ahad. Mereka yang saya nampak berada di pusat bandar ialah untuk datang sarapan pagi di beberapa buah kafe di sini. Pejabat pos juga masih dibuka untuk urusan perniagaan. Anda juga boleh tonton video yang saya rakamkan di Buffalo melalui saluran You Tube Shery On T

.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *