Skip to content

Buffalo Ke Great Falls (Bahagian 1)

18 Jun 2022
Pemanduan hari ke-13 kembara USA bulan Jun 2022 ialah dari Buffalo, Wyoming menuju ke Great Falls, Montana dengan jarak 615 kilometer. Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, ia mengambil masa 5 jam 50 minit. Pada hari itu saya dan suami bersiar-siar dahulu di dalam pusat bandar Buffalo dan kemudian baharu ke Great Falls. Link artikel mengenainya saya letakkan di sini.
https://sheryonthemove.com/?p=3972

Apabila memasuki sahaja sempadan negeri Montana, kami sudah berada di tanah asal milik kaum asli Amerika iaitu puak Crow Reservation. Gambar lapan dari atas yang saya muat naik ialah papan tanda selamat datang ke negeri Montana dan gambar di bawahnya ialah papan tanda Crow County. Cuaca pada hari itu mendung dari pagi hingga ke tengah hari. Selepas jam 2 petang baharu matahari mulai keluar.

Di sepanjang pemanduan itu, kami singgah di Roundup, iaitu sebuah pekan kecil di negeri Montana untuk melelapkan mata sebentar dan selepas itu makan tengah hari di Billings. Untuk pengetahuan anda, kami tersangat jarang makan tengah hari di restoran apabila melakukan pemanduan. Berbeza pada hari itu kerana pemanduan tidaklah terlalu panjang dan suami saya perlu menebus voucher makanan percuma di restoran kegemaran kami iaitu Red Lobster.

Saya tidak tahu sudah berapa banyak kali saya pernah katakan bahawa, lagi pendalaman tempat-tempat yang saya lawati, lagi banyak gambar dan video yang saya rakamkan. Seperti juga dengan pemanduan dari Buffalo ke Great Falls ini, di mana laluan yang kami ambil bukanlah jalan raya yang popular atau sibuk. Tidak ada sebab untuk orang luar memandu di sini melainkan mereka memang penduduk tempatan atau mereka yang sedang melakukan kembara berkereta seperti saya dan suami.

Melalui gambar-gambar yang saya rakamkan ini, anda boleh lihat bangunan-bangunan, papan tanda serta kereta lama yang sukar dilihat di bandar-bandar besar dan persekitaran pekan-pekan kecil ini juga nampak bersih dan masih dijaga.

Video mengenai kembara hari ke-13 ini boleh juga anda tonton di saluran You Tube Shery On The Move. Link video saya sertakan di sini. https://youtu.be/GWtw2HIQk8k
*Artikel ini akan bersambung ke bahagian 2 tidak lama lagi.*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *