Ini ialah artikel terakhir mengenai percutian saya di Edmonton, Alberta, Kanada pada musim sejuk tahun 2023. Di sini saya kongsikan gambar-gambar sewaktu di dalam penerbangan pulang ke Vancouver. Cuaca di Edmonton pada hari itu sangat baik. Walaupun sejuk tetapi terang benderang sehinggalah apabila hampir mendarat di Vancouver di mana hujan mulai turun. Anda boleh baca…
Tag: british columbia
Musim Sejuk Februari 2023
Di dalam artikel kali ini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar yang dirakamkan semasa musim sejuk bersalji pada bulan Februari 2023 di kawasan kejiranan saya. Saya dan suami lebih suka berjalan pada waktu malam kerana tidak ada orang yang keluar pada waktu itu. Ini menyenangkan lagi untuk saya mengambil gambar dan video.
Musim Luruh Melawat Ladang Labu (1)
Artikel ini terpaksa saya bahagikan kepada dua bahagian kerana terlalu banyak yang ingin saya ceritakan. Saya mahu anda (terutamanya yang tidak tinggal di negara empat musim) melihat sendiri bagaimana meriahnya musim labu di sini. Musim luruh berkait rapat juga dengan musim labu di Amerika Utara iaitu di Kanada dan Amerika Syarikat dan juga di kebanyakan…
Musim Luruh 2022 Lambat Sebulan
Jika anda ikuti dan membaca artikel saya sejak dari laman blog yang lama, pasti anda perasan yang saya banyak kongsikan gambar pemandangan indah musim luruh di Vancouver setiap bulan dan setiap tahun. Tahun ini hanya satu artikel yang dapat saya kongsikan gambar daun-daun yang berguguran kerana saya tidak luangkan banyak masa di Kanada sebaliknya di…
Pasar Malam Terbesar Di Amerika Utara
Pasar malam terbesar di Amerika Utara terletak di Richmond, British Columbia, Kanada. Richmond Night Market yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa vancouver telah diadakan sejak dari tahun 1993. Pasar malam ini tidak beroperasi sepanjang tahun sebaliknya ia diadakan setiap tahun hanya pada musim bunga, musim panas dan sehingga awal musim luruh. Walaupun kediaman…
Menyaksikan Konsert Michael Buble
Saya masih ingat sewaktu baharu berpindah ke rumah sewa di Puchong, Selangor, Malaysia setelah selesai menjalani latihan penerbangan pada tahun 2005, rakan serumah saya sering putarkan cakera padat album pertama Michael Buble. Sejak dari itulah saya meminati lagu-lagu beliau. Suara Michael Buble sangat unik dan beliau memang sesuai menyanyikan lagu-lagu lama contohnya lagu hari Krismas….
Melihat Beruang Di Grouse Mountain
Pada hari kedua musim luruh, cuaca nampaknya telah bertukar seperti musim luruh tahun-tahun sebelumnya. Hujan turun pada lewat pagi dan berterusan sehingga ke malam. Saya dan suami telah membawa sahabat kami pergi ke salah satu tempat tarikan pelancong iaitu Grouse Mountain di North Vancouver. Tiket untuk naik ke Grouse Mountain dikenakan mengikut umur contohnya warga…
Hari Pertama Musim Luruh
Hari pertama musim luruh tahun 2022 jatuh pada 22 September. Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, hari pertama musim luruh tahun ini di Vancouver masih lagi panas. Suhu pada awal pagi ialah belasan darjah Celsius dan pada sebelah tengah hari hingga ke petang suhu naik sehingga melebihi 20 darjah Celsius. Lokasi pertama yang saya dan suami bawa…
Hari Terakhir Musim Panas 2022
21 September 2022Saya dan suami luangkan hari terakhir musim panas di Vancouver bersama sahabat kami dari Singapura iaitu Eda dan suaminya Faisal yang datang bercuti selama enam hari bermula dari 20 September hingga 25 September.Cuaca pada hari terakhir musim panas tersangat bagus kerana panas dan terang benderang dengan suhu sekitar 20 darjah Celsius. Ia sangat…
Las Vegas-Medford-Salem-Vancouver
Artikel ini ialah mengenai dua hari terakhir kembara berkereta (road trip) USA bulan Ogos/September 2022. Anda boleh baca artikel sebelum ini bagi mendapatkan keseluruhan dan rumusan penuh kembara. Link diletakkan di bawah ini.San Francisco Ogos/September 2022 https://sheryonthemove.com/?p=4927 Las Vegas September 2022 https://sheryonthemove.com/?p=5097Homewood Suites by Hilton Las Vegas Airport https://sheryonthemove.com/?p=5099 7 September 2022Pemanduan hari kelapan bermula…
