Pada hari kedua musim luruh, cuaca nampaknya telah bertukar seperti musim luruh tahun-tahun sebelumnya. Hujan turun pada lewat pagi dan berterusan sehingga ke malam. Saya dan suami telah membawa sahabat kami pergi ke salah satu tempat tarikan pelancong iaitu Grouse Mountain di North Vancouver.
Tiket untuk naik ke Grouse Mountain dikenakan mengikut umur contohnya warga tua, dewasa dan kanak-kanak. Bagi saya dan suami, kami membeli tiket dewasa dengan diskaun penduduk British Columbia iaitu $55 setiap orang. Bagi pelancong luar, harganya lebih mahal berbanding harga yang kami bayar.
Kami membeli tiket di kaki gunung (Grouse Mountain) dan kemudian baharu baharu naik gondola untuk sampai ke puncak. Kabus tebal menghalang kami dari melihat pemandangan sewaktu gondola itu naik ke atas tetapi pemandangan bandar Vancouver dapat dilihat sewaktu kami menaiki gondola untuk turun ke kaki gunung.
Sewaktu berada di puncak gunung, kami banyak menghabiskan waktu dengan melihat dan bergambar dengan dua ekor beruang yang diletakkan di kawasan yang berpagar. Selepas itu kami menyaksikan pertunjukan Lumberjack sesi terakhir pada hari itu. Pertunjukan Lumberjack sangat menghiburkan hati dan kami menyaksikan sewaktu hujan yang sangat lebat.
Di dalam video ruangan Shery NN Berbicara ke-79 yang disiarkan di saluran You Tube Shery On The Move, anda dapat tonton video beruang yang saya rakamkan dari dekat serta anda boleh dengar pernafasan beruang itu. Video pertunjukan Lumberjack juga turut anda boleh tonton melalui link di bawah ini
https://youtu.be/F_Nq_Crxwgg