Skip to content

Tag: mental health

30 Ramadan & Bulan Kesedaran Kesihatan Mental

Sewaktu artikel ini ditulis, tinggal lebih kurang dua jam lagi untuk saya berbuka puasa. Maka berakhirlah bulan Ramadan tahun 2022. Setiap tahun semua orang akan berasa sedih untuk tinggalkan bulan yang mulia ini. Bagi saya pula, perasaan sedih itu lebih sangat terasa pada tahun ini berbanding sebelumnya. Saya berasa sebak dan hiba sewaktu awal Ramadan, dan perasaan itu datang kembali pada penghujung Ramadan. Terutama sekali apabila saya selesai menunaikan sembahyang tarawih ke-30 pada malam 29 Ramadan kerana ia merupakan tarawih terakhir untuk Ramadan tahun ini. Sebak dan hiba yang saya maksudkan ialah kerana saya sangat gembira buat pertama kalinya Ramadan…

Leave a Comment

Perasaan Emosi Sebelum Sampai Ke Las Vegas

Saya begitu teruja dan gembira untuk kembali semula ke Las Vegas setelah hampir tiga tahun tidak ke sana. Di dalam waktu yang sama, hati, perasaan dan emosi saya bercampur baur. Saya tidak boleh lari dari mengingatkan tentang kedatangan terakhir saya ke Las Vegas pada bulan Jun 2019. Kedatangan saya ke Las Vegas pada tahun 2019 diibaratkan seperti bukan diri saya yang berada di sana. Saya sedang bertarung dengan masalah mental yang teruk yang menjejaskan kesihatan fizikal saya juga. Pada waktu itu saya baharu sebulan keluar dari hospital dan baharu dua bulan mula mengambil pelbagai ubat-ubatan. Di Las Vegas pada tahun…

Leave a Comment

Selamat Datang Ramadan 2022

Saya ingin mengucapkan Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca artikel ini. Semoga kita semua diberikan kesihatan mental dan fizikal yang baik untuk melaksanakan amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Bermula pada petang 1 April 2022 iaitu satu hari sebelum masuknya bulan puasa, keadaan emosi saya sudah terganggu. Ia terganggu bukan kerana hal negatif tetapi sebaliknya kerana hal-hal positif. Sukar untuk saya ceritakan bagaimana perasaan teruja saya untuk menyambut bulan Ramadan pada tahun ini. Perasaan ini sangat berbeza berbanding beberapa tahun kebelakangan ini terutama pada tahun 2019 di mana tahun itu keadaan kesihatan mental…

Leave a Comment

Kembali Berjumpa Pakar Kaunseling (Bahagian 1)

Kali terakhir saya berjumpa dengan pakar kaunseling ialah pada bulan Februari 2020 iaitu sebelum bermulanya pandemik. Sebenarnya saya tidak memerlukan pakar kaunseling selama dua tahun ini, akan tetapi di dalam waktu yang sama saya memerlukan beliau hanya untuk memberi perkhabaran gembira dan ingin memberi update. Pusat kaunseling ditutup sepanjang pandemik tetapi mereka bertugas dari rumah. Saya tidak berminat membuat temu janji secara atas talian (telefon atau panggilan video), apatah lagi ia bukannya perkara kecemasan. Oleh itu saya terpaksa menunggu selama dua tahun sehingga pakar kembali bertugas di pejabat. Pada bulan Januari yang lalu pakar kaunseling telah memberitahu saya bahawa beliau…

Leave a Comment

22.2.22 – Selamat Tinggal Ubatku

Apa istimewanya nombor 22.2.22? Saya bukanlah orang yang begitu taksub dengan nombor-nombor cantik di dalam kalendar. Akan tetapi ada kisah yang terjadi di sebalik tarikh 22 Februari 2022. Pada sebelah malam hari Selasa yang lalu, saya melihat kalendar untuk rujukan saya makan ubat. Apabila melihat sahaja tarikh itu, baharu saya mengetahui ia adalah hari terakhir saya perlu makan ubat. Apa pula yang istimewanya antara tarikh itu dan ubat? Saya belum pernah cerita di laman blog bagaimana kesihatan mental saya mula terjejas. Saya juga tidak ceritakan secara menyeluruh bagaimana saya mengharungi dan menjalani proses pemulihan yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. Tetapi…

Leave a Comment

Hari Kesihatan Mental Dunia

Hari Kesihatan Mental Dunia diadakan pada 10 Oktober setiap tahun dan buat pertama kali saya menyiarkan artikel mengenainya. Tidak semua orang berani atau mempunyai pengetahuan untuk tampil ke hadapan dalam memberi dan berbicara mengenai kesihatan mental. Saya sebagai mental health advocate, bertanggung jawab untuk menyumbang dan membantu dalam memberi kesedaran kepada umum. Sejak dari April 2019 dan sehingga kini saya masih menerima rawatan dari pakar profesional. Apa yang saya kongsi dan sampaikan adalah berdasarkan dari pengalaman saya sendiri. Semua orang mempunyai kesihatan mental cuma yang bezanya ialah tidak semua orang yang dapat mengenal pasti sekiranya mereka mempunyai masalah dan memerlukan…

Leave a Comment

Pengenalan Kesihatan Mental

Saya mula memberi kesedaran kesihatan mental di media sosial dan memakai riben hijau sejak dari tahun 2019 iaitu setelah saya mula mendapatkan rawatan dari pakar perubatan profesional. Tujuan utama saya dalam memberikan kesedaran ini ialah kerana kesedaran kesihatan mental masih kurang diberi pendedahan ditambah pula dengan halangan dari stigma. Apa itu stigma? Stigma ialah diskriminasi, tanggapan negatif dan prejudis masyarakat terhadap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.Masalah kesihatan mental datang tidak mengenal umur, etnik, agama, warna kulit atau agama seseorang. Sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Setiap manusia (dan haiwan) yang dilahirkan dengan adanya otak dan akal fikiran, pasti akan mengalami masalah…

Leave a Comment