Skip to content

Month: June 2023

TownePlace Suites Seattle Southcenter

TownePlace Suites by Marriott ialah hotel penginapan saya selama tiga hari dua malam pada musim sejuk bulan Januari 2023. Jarak hotel ini dengan pusat bandar Seattle ialah 23 kilometer. Jika memandu tanpa kesesakan lalu lintas, ia hanya mengambil masa lebih kurang 17 minit. Walaupun sudah banyak kali saya menginap di cawangan TownePlace Suites di serata Amerika Syarikat, tetapi ini pertama kali saya melihat TownePlace Suites yang berkonsepkan seperti rumah atau chalet. Kesemua bilik di TownePlace Suites mempunyai dapur serta perkakasan memasak. Saya berpuas hati dengan keluasan bilik ini akan tetapi mengikut keadaan dalaman, sudah tiba masanya pihak pengurusan memulakan proses…

Leave a Comment

Jimi Hendrix Memorial

Jimi Marshall Hendrix atau lebih dikenali Jimi Hendrix ialah seorang penyanyi, pemain gitar dan penulis lirik yang terkenal pada zaman tersohor beliau. Jimi dilahirkan pada 27 November 1942 di Seattle, Washington, USA. Sebelum berkecimpung di dalam dunia seni, Jimi Hendrix pernah menyertai tentera Amerika Syarikat. Terus terang saya katakan di sini bahawa saya tidak kenal Jimi Hendrix sehinggalah pada tahun 2012 di mana saya sudah mula melakukan kembara berkereta di Amerika Syarikat dan pergi ke banyak cawangan Hard Rock Cafe (HRC). Di HRC baharu saya melihat banyak gambar-gambar beliau. Jimi Hendrix berjaya di dalam dunia hiburan, tetapi beliau juga dikenali…

Leave a Comment

Tetamu Dari Seattle Datang Vancouver

Sahabat saya dari Seattle, iaitu Mida bersama suaminya Yusuf dan anak mereka Hakim telah datang bercuti hujung minggu ke Vancouver. Pada sebelah malam sebelum mereka pulang, saya bawa mereka makan malam di sebuah restoran kegemaran saya iaitu Silkway Halal Cuisine. Di sini saya kongsikan gambar-gambar sewaktu makan malam. Anda juga boleh ikuti saluran You Tube Mida melalui link ini.https://www.youtube.com/@InForeignParts

2 Comments