Skip to content

Jimi Hendrix Memorial

Jimi Marshall Hendrix atau lebih dikenali Jimi Hendrix ialah seorang penyanyi, pemain gitar dan penulis lirik yang terkenal pada zaman tersohor beliau. Jimi dilahirkan pada 27 November 1942 di Seattle, Washington, USA. Sebelum berkecimpung di dalam dunia seni, Jimi Hendrix pernah menyertai tentera Amerika Syarikat.

Terus terang saya katakan di sini bahawa saya tidak kenal Jimi Hendrix sehinggalah pada tahun 2012 di mana saya sudah mula melakukan kembara berkereta di Amerika Syarikat dan pergi ke banyak cawangan Hard Rock Cafe (HRC). Di HRC baharu saya melihat banyak gambar-gambar beliau.

Jimi Hendrix berjaya di dalam dunia hiburan, tetapi beliau juga dikenali dengan penggunaan dadah yang tidak dikawal. Jimi Hendrix meninggal dunia pada 18 September 1970 di Kensington, London, England. Mayatnya dibawa pulang ke Seattle dan disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan ibunya.

Saya dan suami telah menziarahi tanah perkuburan ini pada pada musim sejuk yang lalu. Di dalam carian Google Maps, tanah perkuburan ini boleh dicari menggunakan nama Jimi Hendrix Memorial. Kami tiba di Jimi Hendrix Memorial pada sebelah pagi. hampir ke tengah hari.

Bagi orang biasa, kubur mereka sama sahaja seperti yang lain, tetapi bagi Jimi Hendrix dan keluarga, ia telah dibina tugu peringatan. Turut ada di situ ialah satu replika gitar. Tugu peringatan ini mengingatkan saya akan tugu peringatan Kurt Cobain (penyanyi kumpulan Nirvana) yang saya lawati lima tahun lalu di Aberdeen, Washington, Amerika Syarikat kerana kedua-duanya mempunyai gitar. .https://sharery.blogspot.com/2019/01/melawat-ke-tempat-kelahiran-dan-tugu.html

Anda juga boleh tonton video penuh lawatan saya ke Jimi Hendrix Memorial di dalam saluran You Tube Shery On The MOve melalui link di bawah ini.
https://youtu.be/eZNf5HnTgbM

29 Januari 2023

jdipdpjddhd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *