Skip to content

TownePlace Suites Seattle Southcenter

TownePlace Suites by Marriott ialah hotel penginapan saya selama tiga hari dua malam pada musim sejuk bulan Januari 2023. Jarak hotel ini dengan pusat bandar Seattle ialah 23 kilometer. Jika memandu tanpa kesesakan lalu lintas, ia hanya mengambil masa lebih kurang 17 minit.

Walaupun sudah banyak kali saya menginap di cawangan TownePlace Suites di serata Amerika Syarikat, tetapi ini pertama kali saya melihat TownePlace Suites yang berkonsepkan seperti rumah atau chalet. Kesemua bilik di TownePlace Suites mempunyai dapur serta perkakasan memasak. Saya berpuas hati dengan keluasan bilik ini akan tetapi mengikut keadaan dalaman, sudah tiba masanya pihak pengurusan memulakan proses baik pulih.

Anda boleh juga tonton video penuh hotel ini yang telah saya kongsikan di saluran You Tube Shery On The Move. https://youtu.be/FD5B9Y9g2IY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *