Bulan Syawal sudah lima bulan berlalu, tetapi saya baharu berkesempatan untuk berkongsi gambar-gambar sambutan raya pada bulan Syawal di Vancouver, British Columbia, Kanada. 1 Syawal Selepas puas bergambar dan rakamkan video di rumah, saya dan suami pergi pula berhari raya di rumah sahabat kami. 2 SyawalSatu lagi jemputan telah kami hadiri pada hari raya kedua…
Category: Lifestyle
Musim Sejuk Februari 2023
Di dalam artikel kali ini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar yang dirakamkan semasa musim sejuk bersalji pada bulan Februari 2023 di kawasan kejiranan saya. Saya dan suami lebih suka berjalan pada waktu malam kerana tidak ada orang yang keluar pada waktu itu. Ini menyenangkan lagi untuk saya mengambil gambar dan video.
Selamat Datang 2023
Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada semua pembaca dan pengikut Shery On The Move. Semoga anda semua jaga diri dengan menjaga dan seimbangkan kesihatan mental dan fizikal. Gambar di bawah dirakamkan pada 1 Januari 2023 di Steveston, British Columbia, Kanada. Selepas artikel ini, saya akan menyambung siar semula artikel mengenai kembara…
Musim Luruh Melawat Ladang Labu (2)
Artikel ini bersambung dari bahagian 1. Anda tidak akan mengetahui cerita keseluruhan jika tidak membaca dari bahagian sebelumnya. Sila klik link di bawah untuk membaca artikel bahagian 1 yang disiarkan pada 18 Disember 2022. Setiap pemegang tiket dapat membawa pulang sebiji labu percuma. Mereka boleh memilih apa sahaja saiz yang disukai. Untung bagi pengunjung yang…
Musim Luruh 2022 Lambat Sebulan
Jika anda ikuti dan membaca artikel saya sejak dari laman blog yang lama, pasti anda perasan yang saya banyak kongsikan gambar pemandangan indah musim luruh di Vancouver setiap bulan dan setiap tahun. Tahun ini hanya satu artikel yang dapat saya kongsikan gambar daun-daun yang berguguran kerana saya tidak luangkan banyak masa di Kanada sebaliknya di…
Pasar Malam Terbesar Di Amerika Utara
Pasar malam terbesar di Amerika Utara terletak di Richmond, British Columbia, Kanada. Richmond Night Market yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa vancouver telah diadakan sejak dari tahun 1993. Pasar malam ini tidak beroperasi sepanjang tahun sebaliknya ia diadakan setiap tahun hanya pada musim bunga, musim panas dan sehingga awal musim luruh. Walaupun kediaman…
Bertemu Wartawan Bebas Terkenal Kanada
5 Oktober 2022Saya dan suami telah mengikuti perkembangan serta kerja-kerja yang dilakukan oleh wartawan bebas terkenal Kanada iaitu Aaron Gunn di laman media sosial sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau seorang yang berani, bersuara lantang dan telus dalam menyampaikan berita serta maklumat sahih yang tidak akan diperolehi daripada media seperti stesen televisyen, radio dan berita…
Menyaksikan Konsert Michael Buble
Saya masih ingat sewaktu baharu berpindah ke rumah sewa di Puchong, Selangor, Malaysia setelah selesai menjalani latihan penerbangan pada tahun 2005, rakan serumah saya sering putarkan cakera padat album pertama Michael Buble. Sejak dari itulah saya meminati lagu-lagu beliau. Suara Michael Buble sangat unik dan beliau memang sesuai menyanyikan lagu-lagu lama contohnya lagu hari Krismas….
Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-13
25 September 2022Saya dan suami telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-13 di Seattle, Washington Amerika Syarikat. Restoran makan malam sempena hari ulang tahun kami ialah di Dukes Seafood di Bellevue, Washington. Jarak antara Bellevue dan Seattle ialah 18 kilometer. Selepas selesai menjamu selera, pelayan datang memberi kejutan dengan sepinggan manisan sempena hari istimewa…
Hari Pertama Musim Luruh
Hari pertama musim luruh tahun 2022 jatuh pada 22 September. Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, hari pertama musim luruh tahun ini di Vancouver masih lagi panas. Suhu pada awal pagi ialah belasan darjah Celsius dan pada sebelah tengah hari hingga ke petang suhu naik sehingga melebihi 20 darjah Celsius. Lokasi pertama yang saya dan suami bawa…
