Bulan Syawal sudah lima bulan berlalu, tetapi saya baharu berkesempatan untuk berkongsi gambar-gambar sambutan raya pada bulan Syawal di Vancouver, British Columbia, Kanada.
1 Syawal
Selepas puas bergambar dan rakamkan video di rumah, saya dan suami pergi pula berhari raya di rumah sahabat kami.
2 Syawal
Satu lagi jemputan telah kami hadiri pada hari raya kedua iaitu ke rumah kakak jiran kami.
8 Syawal
Saya adakan jamuan tengah hari di rumah dengan hanya menjemput dua orang sahabat baik saya.
15 Syawal
Jemputan terakhir bulan Syawal ialah pergi ke rumah seorang lagi kakak jiran saya. Ia diadakan pada hari bekerja dan hanya kami bertiga sahaja yang meraikannya.
Kemeriahan lebih dirasai jika anda tonton video YouTube saya. Saya turut kongsikan video suasana dan persiapan menjelangnya 1 Syawal. Link video diletakkan di bawah ini.
Hari Raya Aidilfitri Bahagian 1
https://youtu.be/qO8RcgHrYQQ?si=mtD5ULCr3ofy7wC-
Hari Raya Aidilfitri Bahagian 2 & Hari Raya Aidiladha
https://youtu.be/CwvW9wwYbj4?si=SJjouM0Tx0L5Y8OH
10 Zulhijjah
Hari Raya Haji tahun ini saya raikan seorang diri. Saya masih membuat hiasan raya di rumah. Kemeriahan tetap dirasai apabila memakai baju raya dan bergambar untuk kenang-kenangan.