Skip to content

Kembara USA Mei 2023 Bahagian 1

Ini ialah artikel pertama bagi kembara berkereta selama 10 hari pada bulan Mei 2023 merentasi 7 buah negeri di Amerika Syarikat. Walaupun kesemua negeri itu telah saya dan suami lawati sebelum ini, tetapi kali ini kami melawat ke beberapa tempat baharu termasuk tiga buah Taman Negara.

12 Mei 2023
Kembara hari pertama ialah pemanduan dari Vancouver, menuju je Whitefish, Montana. Saya dan suami bergerak dari rumah pada jam 2:47 pagi dan tiba di pintu sempadan antarabangsa Kanada/Amerika Syarikat pada 3:19 pagi.
Lebih kurang jam 7:00 pagi, kami berhenti di hentian rehat untuk merehatkan mata sebentar.

Persinggahan seterusnya ialah ke Moses Lake, Washington. Tujuan utama suami ingin singgah di sini ialah beliau ingin melihat kapal terbang B747 bekas milik QANTAS yang telah bersara dan diletakkan di lapangan terbang berdekatan. Anda boleh baca artikel mengenai persaraan semua kapal terbang B747 milik QANTAS melalui link di bawah ini.
https://simpleflying.com/rolls-royce-to-scrap-qantas-boeing-747/#:~:text=Qantas%20flew%20the%20jet%20to%20Los%20Angeles%20before,in%20the%20acquisition%20and%20refurbishment%20of%20the%20plane.

Dari Moses Lake, kami meneruskan pemanduan sehingga memasuki negeri Idaho dan singgah makan tengah hari di sebuah restoran makanan segera di Kellogg.

Selepas makan tengah hari, kami meneruskan pemanduan selama 25 minit sebelum tiba di sempadan negeri antara Idaho dan Montana. Artikel ini akan bersambung ke bahagian dua di mana saya akan kongsikan gambar-gambar pemandangan di negeri Montana pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *