Artikel ini merupakan bahagian kedua hari pertama kembara berkereta pada bulan Mei 2023. Anda diminta baca dahulu artikel bahagian pertama sebelum meneruskan bacaan bahagian dua ini. Link artikel saya letakkan di bawah.
https://sheryonthemove.com/?p=6765
12 Mei 2023
Selepas merentasi negeri Washington dan Idaho, pemanduan diteruskan ke negeri ketiga iaitu Montana. Pemandangan di sepanjang pemanduan adalah sangat menakjubkan ditambah pula dengan cuaca yang baik. Oleh kerana itulah gambar-gambar yang dikongsikan di bawah ini hanya untuk negeri Montana sahaja.
Sebelum daftar masuk ke hotel, kami makan malam terlebih dahulu di Kalispell. Dari Kalispell, pemanduan mengambil masa lebih kurang 22 minit untuk sampai ke hotel penginapan kami di Whitefish. Oleh kerana pertengahan musim bunga hari siangnya semakin panjang, maka apabila kami sampai di hotel hampir jam 8:00 malam, matahari masih lagi terang memancar.
*Waktu tempatan di negeri Montana ialah satu jam awal dari Vancouver, British Columbia dan negeri Washington, Amerika Syarikat.*
Video penuh yang dirakamkan di sepanjang pemanduan yang mengambil masa hampir 16 jam ini boleh ditonton melalui saluran YouTube Shery On The Move. Link video saya letakkan di sini.https://youtu.be/QUibwYuFEW0