Ini ialah artikel terakhir mengenai percutian saya di Edmonton, Alberta, Kanada pada musim sejuk tahun 2023. Di sini saya kongsikan gambar-gambar sewaktu di dalam penerbangan pulang ke Vancouver. Cuaca di Edmonton pada hari itu sangat baik. Walaupun sejuk tetapi terang benderang sehinggalah apabila hampir mendarat di Vancouver di mana hujan mulai turun. Anda boleh baca…
Tag: winter
Musim Sejuk Di Edmonton, Kanada
Artikel kali ini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar yang dirakamkan sewaktu saya berada di Edmonton, Alberta, Kanada pada musim sejuk bulan Mac 2023. Video sepanjang saya di ibu negeri Alberta ini boleh juga ditonton melalui saluran YouTube Shery On The Move. Link diletakkan di bawah ini.https://youtu.be/B7WjAZKHug8?si=OckksG9jWSlIO56f
Penerbangan Dari Vancouver Ke Edmonton
Artikel ini ialah mengenai penerbangan yang saya naiki dari Vancouver ke Edmonton pada hari pertama percutian musim sejuk bulan Mac 2023. 13 Mac 2023Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada jam 1:00 tengah hari dengan suhu 6 darjah Celsius. Dalam keadaan cuaca yang terang benderang, selepas beberapa minit berlepas, saya berpeluang melihat keindahan pusat…
Musim Sejuk Februari 2023
Di dalam artikel kali ini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar yang dirakamkan semasa musim sejuk bersalji pada bulan Februari 2023 di kawasan kejiranan saya. Saya dan suami lebih suka berjalan pada waktu malam kerana tidak ada orang yang keluar pada waktu itu. Ini menyenangkan lagi untuk saya mengambil gambar dan video.
Snow Day Di Oregon, Amerika Syarikat
23 Februari 2023Seperti kebiasaan, perancangan untuk pergi mengembara atau bercuti kemana-mana pasti saya dan suami lakukan pada minit-minit terakhir. Begitu juga pada pagi hari 23 Februari di mana tiba-tiba suami mengajak untuk pergi ke Portland, Oregon. Setelah melihat cuaca di sana dalam keadaan baik, kami mula mencari hotel penginapan dan seterusnya mengemas pakaian yang cukup…
White Christmas 2021
Tahun ini tanpa disangka-sangka Vancouver dapat merasai White Christmas setelah 13 tahun tidak merasainya! Setiap tahun kami di Vancouver pernah merasai salji turun sebelum atau selepas 25 Disember tetapi untuk mendapatkan White Christmas iaitu salji yang turun betul-betul pada 25 Disember adalah sangat jarang-jarang berlaku. Kali terakhir ialah pada tahun 2008. Salji lebat mulai turun…
