Skip to content

White Christmas 2021

Tahun ini tanpa disangka-sangka Vancouver dapat merasai White Christmas setelah 13 tahun tidak merasainya! Setiap tahun kami di Vancouver pernah merasai salji turun sebelum atau selepas 25 Disember tetapi untuk mendapatkan White Christmas iaitu salji yang turun betul-betul pada 25 Disember adalah sangat jarang-jarang berlaku. Kali terakhir ialah pada tahun 2008.

Salji lebat mulai turun pada malam 24 Disember iaitu Christmas Eve dan bersambung sehingga keesokan harinya. Di sini saya kongsikan dengan anda gambar-gambar yang saya rakamkan bermula dari malam 24 Disember malam sehingga ke malam 25 Disember.

Saya akan siarkan video salji setiap hari yang bermula dari 24 Disember sehingga 30 Disember di ruangan Shery NN Berbicara di saluran You Tube Shery On The Move dalam satu hari lagi. Oleh itu, jangan lupa tekan butang subscribe, tekan butang loceng dan ‘all’ untuk mendapatkan notifikasi video baharu yang disiarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *