Skip to content

Selamat Tinggal 2021

Tahun 2021 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa minit lagi (sewaktu artikel ini ditulis). Tahun ini banyak memberikan saya kenangan manis berbanding kenangan pahit. Saya tidak sangka banyak perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran atau perkara yang saya idam-idamkan selama ini tetapi rasakan mustahil dilakukan, telah pun saya lakukan pada tahun 2021.

Pencapaian pertama yang saya rasakan paling besar berlaku ialah apabila saya berjaya membuat peralihan dari blogspot ke laman sesawang sendiri. Shery On The Move seolah-olah saya anggap seperti lahirnya ‘baby’ kedua selepas yang pertama ialah blog Terjemahan Hati.

Ruangan Shery NN Berbicara yang saya adakan setiap minggu di saluran You Tube juga merupakan satu pentas eksperimen atau pentas untuk saya membuat latihan bercakap di hadapan kamera. Sehingga ke hari ini, masih lagi di dalam proses pembelajaran.

Saya juga tidak pernah sama sekali menyangka yang saya berpeluang kembali ke dunia peragaan setelah 17 tahun saya bersara. Tahun ini saya memperolehi dua modelling job berbeza.

Kelas luncur ais yang saya hadiri selama hampir tiga bulan adalah satu aktiviti yang mencabar diri saya sendiri. Saya ingin buktikan kepada diri yang saya boleh melakukan aktiviti yang di luar dari zon selesa saya.

Tahun 2021 juga menjadi saksi peralihan umur saya yang sudah mencecah 40 tahun. Umur hanyalah angka. Saya tidak rasakan yang diri saya tua, malah berbangga dengan awet muda saya. Tips awet muda telah saya kongsikan di dalam video ini; https://youtu.be/tiu-16_QkqQ

Untuk kenangan pahit pula, ia ada beberapa perkara yang boleh dikira pahit untuk dikenang tetapi yang paling terasa dan terkesan ialah saya masih lagi merasai keperitan kehilangan emak saya.

Ada beberapa lagi kenangan manis tahun 2021 telah saya kongsikan di dalam video baharu ruangan Shery NN Berbicara yang ke-44. https://youtu.be/jV0k-Gzdgqw|

Adalah mustahil untuk saya kongsikan gambar-gambar kenangan manis tahun 2021 kerana ianya terlalu banyak. Tetapi, yang paling tersemat di hati ialah gambar-gambar rasmi Shery On The Move yang dirakamkan oleh sahabat saya yang juga seorang juru gambar. Empat dari gambar di bawah belum pernah saya siarkan di mana-mana laman media sosial saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *