Ini ialah artikel terakhir mengenai percutian saya di Edmonton, Alberta, Kanada pada musim sejuk tahun 2023. Di sini saya kongsikan gambar-gambar sewaktu di dalam penerbangan pulang ke Vancouver. Cuaca di Edmonton pada hari itu sangat baik. Walaupun sejuk tetapi terang benderang sehinggalah apabila hampir mendarat di Vancouver di mana hujan mulai turun. Anda boleh baca…
Tag: yeg
Element by Westin Edmonton West
Sepanjang lapan hari saya dan suami berada di Edmonton, Alberta, Kanada, kami menginap di dua buah hotel berbeza. Yang pertama ialah TownePlace Suites by Marriott Edmonton South https://sheryonthemove.com/?p=6585dan kedua ialah Element by Westin Edmonton West. Saya sudah beberapa kali menginap di hotel-hotel yang berdekatan dengan Element by Westin Edmonton West kerana kedudukan yang strategik. Ia…
Restoran Indonesia Di Edmonton
Padmanadi di Edmonton, Alberta, Kanada ialah restoran yang menghidangkan makanan dari 100% bahan berasaskan sayur-sayuran dan plant-based. Makanan yang dihidangkan berunsurkan latar belakang dari negara Indonesia, Thailand, India dan China. Melalui tajuk di atas, saya letakkan restoran Indonesia kerana pemilik restoran ini berasal dari Indonesia. Di dalam satu minggu, kami datang ke Padmanadi dua kali…
TownePlace Suites Edmonton South
Di dalam artikel ini saya kongsikan gambar-gambar yang dirakamkan di hotel penginapan saya sewaktu bercuti di Edmonton pada musim sejuk yang lalu.Saya berpuas hati dengan keluasan bilik yang lengkap dengan dapur dan almari baju yang luas. Tempat meletak kenderaan dan sarapan pagi setiap hari adalah percuma. Anda juga boleh tonton video penuh (hotel tour) yang…
Restoran Halal Di Edmonton, Alberta
Sewaktu percutian musim sejuk saya di Edmonton. Alberta pada bulan Mac yang lalu, saya dan suami telah pergi ke beberapa buah restoran kegemaran kami. Walaupun kedatangan saya itu bukanlah kali pertama, tetapi saya tetap ingin kongsikan dengan anda gambar-gambar sewaktu saya menikmati hidangan makanan. Sepanjang satu minggu di Edmonton, saya telah pergi ke Dickey’s Barbecue…
Penerbangan Dari Vancouver Ke Edmonton
Artikel ini ialah mengenai penerbangan yang saya naiki dari Vancouver ke Edmonton pada hari pertama percutian musim sejuk bulan Mac 2023. 13 Mac 2023Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada jam 1:00 tengah hari dengan suhu 6 darjah Celsius. Dalam keadaan cuaca yang terang benderang, selepas beberapa minit berlepas, saya berpeluang melihat keindahan pusat…
Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton
Ini merupakan kali kedua saya datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton. Kali pertama ialah pada musim panas tahun 2020 di mana saya dan suami hanya pandu lalu di hadapan bangunan terminal yang ‘mati’ gara-gara pandemik dan tidak ada satu pun penerbangan pada tahun itu. Kedatangan kali kedua pula ialah sewaktu saya menaiki penerbangan dari Edmonton…
