Padmanadi di Edmonton, Alberta, Kanada ialah restoran yang menghidangkan makanan dari 100% bahan berasaskan sayur-sayuran dan plant-based. Makanan yang dihidangkan berunsurkan latar belakang dari negara Indonesia, Thailand, India dan China. Melalui tajuk di atas, saya letakkan restoran Indonesia kerana pemilik restoran ini berasal dari Indonesia.
Di dalam satu minggu, kami datang ke Padmanadi dua kali untuk menikmati hidangan di sini. Hidangan yang kami nikmati sangat menyelerakan, dan ditambah pula apabila makan bersama nasi lemak (coconut rice). Oleh kerana sangat sedap, saya mengambil peluang untuk bawa pulang satu hidang pulang ke Vancouver.
Padmanadi mempunyai dua buah cawangan di Edmonton, dan kami pergi dua kali di cawangan yang sama. Sewaktu berbual dengan anak perempuan pemilik restoran (Mac 2023), beliau menyatakan yang Padmanadi akan membuka cawangan di bandar Calgary.
Melalui maklumat yang saya dapati di dalam laman web Padmanadi (sewaktu artikel ini ditulis), cawangan di Calgary akan dibuka untuk soft opening dari 10 September hingga 14 September. Pembukaan rasmi akan diumumkan tidak lama lagi. Anda boleh ikuti perkembangan Padmanadi di Instagram atau di laman web mereka. https://www.padmanadi.com/
Di dalam video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-91, saya telah kongsikan video sewaktu ke Padmanadi dan saya turut kongsikan senarai makanannya sekali . Anda boleh tonton video melalui link ini.
https://youtu.be/B7WjAZKHug8?si=zbXOZ9rDoOJewMJL