Ini ialah artikel pertama bagi kembara berkereta selama 10 hari pada bulan Mei 2023 merentasi 7 buah negeri di Amerika Syarikat. Walaupun kesemua negeri itu telah saya dan suami lawati sebelum ini, tetapi kali ini kami melawat ke beberapa tempat baharu termasuk tiga buah Taman Negara. 12 Mei 2023Kembara hari pertama ialah pemanduan dari Vancouver,…
Tag: washington
TownePlace Suites Seattle Southcenter
TownePlace Suites by Marriott ialah hotel penginapan saya selama tiga hari dua malam pada musim sejuk bulan Januari 2023. Jarak hotel ini dengan pusat bandar Seattle ialah 23 kilometer. Jika memandu tanpa kesesakan lalu lintas, ia hanya mengambil masa lebih kurang 17 minit. Walaupun sudah banyak kali saya menginap di cawangan TownePlace Suites di serata…
Jimi Hendrix Memorial
Jimi Marshall Hendrix atau lebih dikenali Jimi Hendrix ialah seorang penyanyi, pemain gitar dan penulis lirik yang terkenal pada zaman tersohor beliau. Jimi dilahirkan pada 27 November 1942 di Seattle, Washington, USA. Sebelum berkecimpung di dalam dunia seni, Jimi Hendrix pernah menyertai tentera Amerika Syarikat. Terus terang saya katakan di sini bahawa saya tidak kenal…
Hilton Seattle
Biasanya apabila mengembara, saya dan suami memilih hotel Hilton atau Marriott yang berdekatan dengan lebuh raya atau lapangan terbang. Namun, ia berbeza dengan kedatangan kami ke Seattle pada awal bulan Oktober lalu kerana kami memilih hotel yang terletak di dalam pusat bandar Seattle. Terdapat dua cara untuk masuk ke hotel ini iaitu yang pertama ialah…
Salima Specialties – Halal Renton
Pada awal bulan Oktober yang lalu, saya dan suami telah membawa sahabat kami dari Singapura berjalan-jalan di Seattle, Bellevue dan Renton. Anda boleh baca artikel itu melalui link di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=5629 Sewaktu di Renton, kami telah makan tengah hari di sebuah restoran halal yang diberi nama Salima Specialties. Di bawah ini saya senaraikan minuman…
Seattle-Bellevue-Renton Oktober 2022
Beberapa artikel sebelum ini saya telah siarkan mengenai sahabat saya dan suami dari Singapura yang datang bercuti di Vancouver dan Seattle pada bulan September 2022. Pada awal bulan Oktober 2022 pula, sahabat kami datang (tanpa isteri) sekali lagi ke Seattle kerana urusan kerja. Sementelah saya dan suami tidak melakukan kembara berkereta jarak jauh pada waktu…
Seattle | September 2022
26 September 2022Kedatangan saya dan suami ke Seattle pada bulan September 2022 ialah kerana kami menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-13. Pada hari pertama di Seattle, kami telah pergi makan malam sempena ulang tahun perkahwinan bersama sahabat kami yang datang bercuti dari Singapura. Anda boleh baca artikel mengenainya melalui link di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=5422…
Hampton Inn & Suites by Hilton Seattle/Northgate
Hampton Inn & Suites by Hilton Seattle/Northgate ialah hotel penginapan sewaktu saya dan suami menyambut hari ulang tahun perkahwinan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada bulan September yang lalu. Jarak antara hotel ini dan pusat bandar Seattle ialah 13 kilometer. Kami memang kerap menginap di hotel Hampton Inn & Suites di Amerika Syarikat dan…
Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-13
25 September 2022Saya dan suami telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-13 di Seattle, Washington Amerika Syarikat. Restoran makan malam sempena hari ulang tahun kami ialah di Dukes Seafood di Bellevue, Washington. Jarak antara Bellevue dan Seattle ialah 18 kilometer. Selepas selesai menjamu selera, pelayan datang memberi kejutan dengan sepinggan manisan sempena hari istimewa…
Sacramento, Ke Vancouver, Kanada
11 Ogos 2022Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya. Untuk mendapatkan maklumat penuh dari awal, sila klik link di bawah ini.https://sheryonthemove.com/?p=4716 Pemanduan hari kesebelas bermula dari Sacramento, California menuju ke Tigard, Oregon dengan jarak antara Sacramento dan hotel penginapan saya di Tigard ialah 921 kilometer. Di dalam gambar pertama, anda dapat lihat kesan selepas kebakaran hutan…
