Skip to content

Seattle | September 2022

26 September 2022
Kedatangan saya dan suami ke Seattle pada bulan September 2022 ialah kerana kami menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-13. Pada hari pertama di Seattle, kami telah pergi makan malam sempena ulang tahun perkahwinan bersama sahabat kami yang datang bercuti dari Singapura. Anda boleh baca artikel mengenainya melalui link di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=5422

Pada hari kedua, iaitu bersamaan dengan 26 September, kami telah membawa sahabat kami berjalan-jalan di sekitar Seattle. Antara tempat yang wajib dilawati tentunya pasar awam Pike Place di mana ia menempatkan kedai Starbucks pertama di dunia. Lebih menyeronokkan lagi ialah apabila saya akhirnya dapat menaiki carousel.

Saya galakkan anda supaya menonton video di You Tube kerana saya telah kongsikan video sewaktu makan malam hari ulang tahun perkahwinan dan hari kami berjalan-jalan di Seattle termasuk keriangan menaiki carousel. Link video diletakkan di sini. https://youtu.be/cC6Q3gokOwk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *