Skip to content

Month: April 2022

Courtyard by Marriott Calgary Airport

Courtyard by Marriott Calgary Airport terletak lebih kurang 10 kilometer dari Lapangan Terbang Calgary. Jika dilihat di dalam peta, hotel ini memang bersebelahan dengan lapangan terbang. Yang membuatkan terasa jauh dengan jarak 10 kilometer itu ialah kerana perlu memandu seiring dengan keseluruhan panjang landasan. Saya sangat berpuas hati menginap di hotel ini. Keperluan asas di dalam bilik serba serbi mencukupi kecuali ada satu barang yang tidak disediakan iaitu plastik untuk mencuci pakaian (laundy bag). Katilnya juga besar dan tinggi. Saya tidak mengambil gambar kolam renang. Walau bagaimanapun, anda boleh rujuk artikel mengenai hotel Residence Inn by Marriott Calgary Airport kerana…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Sweet Grass, Montana Ke Calgary, Alberta, Kanada

Dari Great Falls, kami terus menuju ke sempadan darat antarabangsa USA dan Kanada. Pekan kecil terakhir yang ditempuhi sebelum tiba di bangunan imigesen ialah Sweet Grass. Melalui maklumat yang saya cari, jumlah penduduk di sini yang dikira pada tahun 2018 ialah hanya 58 orang sahaja. Satu perkara penting yang ingin saya pesan ialah, sekiranya anda ingin ke tandas awam. Sila berhenti di Sweet Grass sebelum melepasi sempadan antarabangsa. Tandas di Sweet Grass sangat bersih. Bangunan dalaman dan luaran untuk tempat rehat ini sama seperti tempat rehat lain di negeri Montana. Anda boleh lihat gambar pertama yang saya muat naik di…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Helena Ke Sweet Grass, Montana

Pemanduan dari Helena, Montana bermula awal pagi. Dari hotel, https://sheryonthemove.com/?p=1262, kami memandu terus dan berhenti sebentar di Great Falls. Artikel mengenai Great Falls telah saya siarkan sebelum ini https://sheryonthemove.com/?p=1662. Dari Great Falls, kami terus menuju ke sempadan darat antarabangsa USA dan Kanada. Pekan kecil terakhir yang ditempuhi sebelum tiba di bangunan imigesen ialah Sweet Grass. Melalui maklumat yang saya cari, jumlah penduduk di sini yang dikira pada tahun 2018 ialah hanya 58 orang sahaja. Jarak antara Helena dan Sweet Grass ialah dianggarkan 332 kilometer dengan menggunakan lebuh raya I-15 N. Kami merentasi gunung ganang dan kemudian hanya jalan raya yang…

Leave a Comment

Great Falls, Montana

Great Falls terletak 148 kilometer dari ibu negeri Montana iaitu Helena. Ini merupakan persinggahan pertama sewaktu pemanduan yang dilakukan dari Helena menuju ke Calgary, Alberta, Kanada. Oleh kerana stesen minyak yang disinggahi hanya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Great Falls, maka kami pandu lalu di hadapan bangunan terminal dan berhenti seketika untuk mengambil gambar dengan beberapa kapal terbang yang di pamerkan di tepi jalan. Tempat ini juga terletak tidak jauh dari pintu masuk Air National Guard. Anda boleh lihat gambarnya tiga dari bawah artikel ini. Mengikut bancian sehingga tahun 2020, jumlah penduduk di Great Falls ialah seramai 60,442 orang.…

Leave a Comment

Fairfield Inn & Suites by Marriott Helena, Montana

Tidak ada sebarang aduan yang ingin saya katakan mengenai hotel yang saya dan suami menginap di Helena, Montana. Walaupun hotel ini agak kecil tetapi semua keperluan cukup serba serbinya. Sarapan pagi percuma turut dihidangkan kepada tetamu. Oleh kerana saya terlalu letih dan menanggung kesakitan kaki, maka saya terpaksa melupakan hasrat untuk berenang. Saya tidak dapat rakamkan gambar kolam renang indoor, tab spa dan pusat kecergasan 24 jam (gym). Sekiranya anda ingin membuat persinggahan di Helena, bolehlah mengambil kira Fairfield Inn & Suites by Marriott sebagai hotel penginapan. https://www.marriott.com/hotels/travel/hlnfi-fairfield-inn-and-suites-helena/

Leave a Comment

Pemanduan Dari Salt Lake City Ke Helena

Terdapat dua laluan sekiranya ingin melakukan pemanduan dari Salt Lake City, Utah ke Helena, Montana. Apabila berada di Idaho Falls, di situlah pemandu membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pemanduan menggunakan I-15 N atau US-20 E. Biasanya pemandu memilih lebuh raya I-15 N kerana lebih cepat. Jaraknya ialah 779 kilometer dari Salt Lake City. Bagi pemanduan pada hari itu, saya dan suami membuat persinggahan sebanyak empat kali termasuk untuk mengisi minyak kereta. Ini merupakan pertama kali saya menggunakan lebuh raya ini menuju ke Helena. Saya pernah ke Helena pada tahun 2015 tetapi pemanduan adalah dari arah timur iaitu dari Chicago.…

Leave a Comment

Restoran Halal Di Salt Lake City, Utah

Saya mencari restoran halal di Salt Lake City di dalam Google hanya beberapa hari sebelum ke sana iaitu sewaktu masih di Las Vegas. Keputusan carian saya terus ke Curry Fried Chicken (CFC). Ia terletak tidak jauh dari pusat bandar dan hanya 5 minit pemanduan dari hotel yang saya dan suami menginap. https://sheryonthemove.com/?p=1258 Tanpa berfikir panjang, kami memilih CFC untuk makan malam. Sebab utama kami teringin datang ke CFC ialah kerana restoran ini telah didatangi oleh pelawat istimewa sebelum ini. Beliau ialah Guy Fieri yang mengacarakan rancangan makanan Diners, Drive-Ins and Dives (DDD). DDD kalau di Malaysia ibarat seperti rancangan Jalan-Jalan…

Leave a Comment

Selamat Hari Lahir, Mak

Hari ini bersamaan 14 April ialah hari ulang lahir mak saya. Jika mak masih ada, umur mak sekarang ialah 83 tahun. Sudah dua tahun mak tidak dapat menyambut hari lahir di dunia ini. Saya bersyukur kerana berpeluang menyambut hari lahir mak pada tahun 2019. Itulah kali terakhir saya dapat sambut bersama dan memeluk serta mencium mak. Walaupun keadaan kesihatan mental dan fizikal saya tersangat lemah, tetapi saya tetap gagahkan untuk pulang bercuti ke Malaysia pada tahun itu. Mak pergi pada 9 Disember 2020. Sehingga ke hari ini hati saya seperti dihiris-hiris apabila mengenangkan yang mak sudah tiada. Rindu yang teramat…

Leave a Comment

Residence Inn by Marriott Downtown Salt Lake City

Salah satu rangkaian hotel Marriott kegemaran saya ialah Residence Inn. SKonsep Residence Inn sama seperti rumah atau apartment. Ia juga turut dilengkapi dengan dapur dan ruang tamu. Faktor keluasannya yang membuatkan saya senang setiap kali dapat bermalam di mana-mana Residence Inn. Di Salt Lake City, sekali lagi kami memilih untuk bermalam di Residence Inn. Lokasinya juga strategik kerana terletak di dalam pusat bandar. Di dalam mana-mana artikel mengenai hotel sebelum ini, saya jarang memberikan komen negatif. Tetapi sekiranya ia tidak memuaskan, saya tidak akan berselindung. Perkara yang paling saya kecewa dengan pihak pengurusan ialah mereka tidak menyediakan sabun mandi dan…

Leave a Comment