Skip to content

Residence Inn by Marriott Downtown Salt Lake City

Salah satu rangkaian hotel Marriott kegemaran saya ialah Residence Inn. SKonsep Residence Inn sama seperti rumah atau apartment. Ia juga turut dilengkapi dengan dapur dan ruang tamu. Faktor keluasannya yang membuatkan saya senang setiap kali dapat bermalam di mana-mana Residence Inn.

Di Salt Lake City, sekali lagi kami memilih untuk bermalam di Residence Inn. Lokasinya juga strategik kerana terletak di dalam pusat bandar. Di dalam mana-mana artikel mengenai hotel sebelum ini, saya jarang memberikan komen negatif. Tetapi sekiranya ia tidak memuaskan, saya tidak akan berselindung.

Perkara yang paling saya kecewa dengan pihak pengurusan ialah mereka tidak menyediakan sabun mandi dan syampu rambut. Bagaimana mereka boleh terlupa benda asas yang penting? Pendapat saya ia sangat mustahil. Begitu juga dengan plastik untuk mencuci pakaian (laundry bag). Mereka tidak letakkan di dalam almari pakaian. Selain daripada itu saya tidak ada masalah.

Sarapan pagi secara buffet diberikan secara percuma. Ruang makan terletak bersebelahan dengan lobi hotel. Minuman penyegar turut dihidangkan di hadapanmeja penyambut tetamu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *