Taman Negeri Great Salt Lake terletak 30 minit dari ibu negeri Utah, iaitu Salt Lake City. Saya dan suami singgah di sini sewaktu di dalam pemanduan dari Las Vegas ke Salt Lake City. https://sheryonthemove.com/?p=1252
Setiap satu kereta pelawat dikenakan bayaran sebanyak $5. Walau bagaimanapun bayaran ini telah mengikut kategori yang ditetapkan. Senarai harga diletakkan di tepi kaunter pembayaran. Inilah keuntungannya apabila mengembara dan melawat ke tempat tarikan pelancong pada bukan musim cuti kerana tidak ramai orang
Sebaik sahaja keluar dari kereta dan menghidu udara di sekeliling, terus saya dapat bayangkan seperti berada di tepi laut kerana air tasik di sini yang masin.
Air di tasik ini adalah antara yang termasin di dunia. Paras ketinggian Taman Negeri ini juga agak tinggi iaitu 4200 kaki dan saiznya pula ialah; 75 batu (121 kilometer) panjang dan 35 batu (56 kilometer) lebar
Pelbagai maklumat lain boleh dibaca di sini; https://site.utah.gov/stateparks/wp-content/uploads/sites/13/2015/02/GSL-Ed-packet1.pdf
Sewaktu berada di Great Salt Lake, para pengunjung digalakkan untuk masuk ke pusat khidmat pelancong kerana terdapat banyak lagi maklumat yang boleh dibaca. Tandas awam turut disediakan dan pelbagai cenderamata turut dijual.
Gambar-gambar yang saya kongsikan selepas gambar selfie saya dan suami (di bawah ini), dirakamkan semasa permanduan menuju ke Salt Lake City. Walaupun sudah beberapa kali saya datang ke Salt Lake City, tetapi inilah pertama kali saya datang pada bulan Mac di mana jelas kelihatan gunung-ganang yang masih banyak diselaputi salji. Sebelum ini saya hanya melihat pemandangan bersalji bandar Salt Lake CIty hanya melalui poskad dan di dalam internet sahaja.