Apa istimewanya nombor 22.2.22? Saya bukanlah orang yang begitu taksub dengan nombor-nombor cantik di dalam kalendar. Akan tetapi ada kisah yang terjadi di sebalik tarikh 22 Februari 2022. Pada sebelah malam hari Selasa yang lalu, saya melihat kalendar untuk rujukan saya makan ubat. Apabila melihat sahaja tarikh itu, baharu saya mengetahui ia adalah hari terakhir…
Tag: writing
Satu Hari Selepas Jatuh Dan Cedera
Ramai yang sudah mengetahui mengenai kecederaan dalaman lutut yang saya alami sejak beberapa bulan yang lalu. Akan tetapi, masih ramai juga yang tidak mengetahuinya. Untuk pengetahuan anda, saya jatuh di atas gelanggang ais sewaktu saya menghadiri kelas luncur ais pada 24 November 2021 iaitu dua minggu sebelum kelas luncur ais musim luruh itu berakhir. Apa…
Selamat Datang Bulan Februari & Tahun Baru Cina
Selamat datang bulan Februari! Nampaknya tirai pembukaan bulan ini disambut dengan hari istimewa. Saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada anda yang menyambutnya.
Selamat Hari Ulang Tahun ke-12 Blog Terjemahan Hati
Hari ini, pada 12 tahun yang lalu blog Terjemahan Hari dilahirkan di Perth, Australia Barat. Walaupun saya sudah lama mengimpikan untuk menulis, tetapi saya tidak pernah bersedia awal untuk memilih tajuk blog. Nama Terjemahan Hati dan alamat blogspot itu datang secara tidak langsung yang kebetulan saya ingin meluahan perasaan. Sejak beralih ke laman web sendiri…
Selamat Datang 2022
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2022 kepada semua yang membaca artikel ini. Saya berharap anda dapat terus bersama saya serta memberi sokongan di dalam apa sahaja perkara yang saya lakukan demi untuk kepentingan blog dan vlog saya. Tidak lupa juga, semoga urusan harian anda sentiasa dipermudahkan dan sukses selalu. Jaga diri, jaga kesihatan mental…
Selamat Tinggal 2021
Tahun 2021 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa minit lagi (sewaktu artikel ini ditulis). Tahun ini banyak memberikan saya kenangan manis berbanding kenangan pahit. Saya tidak sangka banyak perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran atau perkara yang saya idam-idamkan selama ini tetapi rasakan mustahil dilakukan, telah pun saya lakukan pada tahun 2021. Pencapaian pertama yang…
Genap Satu Tahun Emak Pergi
9 Disember 2021, genap satu tahun emak pergi meninggalkan saya dan keluarga. Sebenarnya banyak yang ingin saya luahkan perasaan ini tetapi tidak tahu di mana mahu mula. Sepanjang satu tahun pemergian, sudah tidak terkira berapa banyak air mata yang mengalir. Akan tetapi, rindu saya terubat apabila dapat mimpikan emak. Sepanjang satu tahun ini, banyak perkara…
Hadiah Kejutan Untuk Shery On The Move
Pada pagi 11 Oktober yang lalu, tidur dan lamunan mimpi saya terhenti kerana saya menerima panggilan intercom dari pintu luar apartment. Pemuda itu mengatakan beliau ingin membuat penghantaran dari UPS. Terdetik juga di fikiran, yang saya tidak menunggu sebarang penerimaan dari UPS tetapi saya membenarkan beliau masuk dan letakkan barang itu di lobi berhadapan dengan…
Perginya Karyawan Dan Pengarah Terkenal Mamat Khalid
Saya menerima berita kematian pengarah terkenal dari Malaysia, iaitu Mamat Khalid lebih kurang tiga jam lalu, tengah hari Sabtu waktu di Vancouver, Kanada. Walaupun beliau sudah banyak kali keluar dan masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tetapi pemergiannya tetap memeranjatkan saya. Mamat Khalid merupakan adik kepada kartunis Datuk Lat yang berasal dari Ipoh, Perak. Beliau…
