Hotel yang saya menginap pada hari pertama kembara ialah di Double Tree by Hilton di Tempe, Arizona. Yang menariknya tentang hotel ini ialah ia seperti sebuah resort di tepi pantai sedangkan hakikatnya ia terletak di dalam bandar besar. Selepas daftar masuk di lobi, kami keluar dari bangunan utama dan berjalan kaki menuju ke bangunan bilik…
Month: December 2022
Phoenix – Ibu Negeri Arizona
28 Oktober 2022PhoenixSelepas saya dan suami selamat mendarat di Phoenix dari Vancouver, kami telah melawat ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri Arizona. Ia terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor dan dianggarkan hanya 10 minit waktu pemanduan. Tidak ada istilah musim luruh di Phoenix kerana cuacanya yang panas dengan suhu lebih kurang 30…
Penerbangan Dari Vancouver Ke Phoenix
Hari Pertama (28 Oktober 2022)Hari ini ialah hari pertama kembara Amerika Syarikat (AS) bagi saya dan suami pada bulan Oktober dan November 2022. Jika anda pembaca kerap laman web dan penonton kerap saluran You Tube saya, anda pasti tahu yang kami biasanya memulakan kembara berkereta (road trip) di USA bermula dari Vancouver, Kanada. Walau bagaimanapun…
Musim Luruh Melawat Ladang Labu (2)
Artikel ini bersambung dari bahagian 1. Anda tidak akan mengetahui cerita keseluruhan jika tidak membaca dari bahagian sebelumnya. Sila klik link di bawah untuk membaca artikel bahagian 1 yang disiarkan pada 18 Disember 2022. Setiap pemegang tiket dapat membawa pulang sebiji labu percuma. Mereka boleh memilih apa sahaja saiz yang disukai. Untung bagi pengunjung yang…
Musim Luruh Melawat Ladang Labu (1)
Artikel ini terpaksa saya bahagikan kepada dua bahagian kerana terlalu banyak yang ingin saya ceritakan. Saya mahu anda (terutamanya yang tidak tinggal di negara empat musim) melihat sendiri bagaimana meriahnya musim labu di sini. Musim luruh berkait rapat juga dengan musim labu di Amerika Utara iaitu di Kanada dan Amerika Syarikat dan juga di kebanyakan…
Musim Luruh 2022 Lambat Sebulan
Jika anda ikuti dan membaca artikel saya sejak dari laman blog yang lama, pasti anda perasan yang saya banyak kongsikan gambar pemandangan indah musim luruh di Vancouver setiap bulan dan setiap tahun. Tahun ini hanya satu artikel yang dapat saya kongsikan gambar daun-daun yang berguguran kerana saya tidak luangkan banyak masa di Kanada sebaliknya di…
Pasar Malam Terbesar Di Amerika Utara
Pasar malam terbesar di Amerika Utara terletak di Richmond, British Columbia, Kanada. Richmond Night Market yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa vancouver telah diadakan sejak dari tahun 1993. Pasar malam ini tidak beroperasi sepanjang tahun sebaliknya ia diadakan setiap tahun hanya pada musim bunga, musim panas dan sehingga awal musim luruh. Walaupun kediaman…
Hilton Seattle
Biasanya apabila mengembara, saya dan suami memilih hotel Hilton atau Marriott yang berdekatan dengan lebuh raya atau lapangan terbang. Namun, ia berbeza dengan kedatangan kami ke Seattle pada awal bulan Oktober lalu kerana kami memilih hotel yang terletak di dalam pusat bandar Seattle. Terdapat dua cara untuk masuk ke hotel ini iaitu yang pertama ialah…
Salima Specialties – Halal Renton
Pada awal bulan Oktober yang lalu, saya dan suami telah membawa sahabat kami dari Singapura berjalan-jalan di Seattle, Bellevue dan Renton. Anda boleh baca artikel itu melalui link di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=5629 Sewaktu di Renton, kami telah makan tengah hari di sebuah restoran halal yang diberi nama Salima Specialties. Di bawah ini saya senaraikan minuman…
Seattle-Bellevue-Renton Oktober 2022
Beberapa artikel sebelum ini saya telah siarkan mengenai sahabat saya dan suami dari Singapura yang datang bercuti di Vancouver dan Seattle pada bulan September 2022. Pada awal bulan Oktober 2022 pula, sahabat kami datang (tanpa isteri) sekali lagi ke Seattle kerana urusan kerja. Sementelah saya dan suami tidak melakukan kembara berkereta jarak jauh pada waktu…
