Skip to content

Hilton Seattle

Biasanya apabila mengembara, saya dan suami memilih hotel Hilton atau Marriott yang berdekatan dengan lebuh raya atau lapangan terbang. Namun, ia berbeza dengan kedatangan kami ke Seattle pada awal bulan Oktober lalu kerana kami memilih hotel yang terletak di dalam pusat bandar Seattle.

Terdapat dua cara untuk masuk ke hotel ini iaitu yang pertama ialah dari tingkat paling bawah yang sama paras dengan jalan raya dan kedua ialah dari tingkat empat atau lima tempat meletak kenderaan awam. Kedua-dua cara ini memerlukan tetamu hotel menaik lift untuk masuk ke tingkat bahagian lobi hotel.

Gimnasium terletak bersebelahan dengan pintu masuk yang sama paras dengan jalan raya manakala restoran, bar, bilik mesyuarat serta ruang makan untuk ahli kelab Hilton terletak di paras lobi hotel. Saya tidak ingat tingkat berapa bilik penginapan saya tetapi ia di paras tinggi dan pemandangan yang dapat dilihat ialah bangunan tinggi serta lebuh raya.

Sarapan pagi percuma tidak disediakan oleh pihak hotel, tetapi ia dihidangkan di dalam bilik khas (lounge) untuk ahli Hilton Honors sahaja. Oleh kerana suami saya merupakan ahli Hilton Honors bertaraf Diamond, maka kami dapat menjamu selera di situ. Anda boleh lihat gambar yang saya rakamkan di dalam lounge di bahagian bawah artikel ini iaitu selepas dari pemandangan di luar bilik hotel pada waktu malam.

Saya tidak pasti sama ada hotel ini mengenakan bayaran meletak kereta kepada tetamu, tetapi bagi kami pula hotel tidak kenakan bayaran. Besar kemungkinan kerana suami saya ialah ahli Hilton Honor bertaraf Diamond. Sekiranya anda berminat untuk menginap di hotel ini, sila semak sekali lagi tentang bayarannya. Bagi penggunaan wifi pula, ia boleh digunakan di seluruh hotel secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *