Pada awal bulan Oktober yang lalu, saya dan suami telah membawa sahabat kami dari Singapura berjalan-jalan di Seattle, Bellevue dan Renton. Anda boleh baca artikel itu melalui link di bawah ini.
https://sheryonthemove.com/?p=5629 Sewaktu di Renton, kami telah makan tengah hari di sebuah restoran halal yang diberi nama Salima Specialties.
Di bawah ini saya senaraikan minuman dan makanan yang kami nikmati serta rumusannya sekali.
Teh tarik – sekadar ok.
Bandung – rasanya agak pelik dan besar kemungkinan kesilapan itu dari sirap ros yang mereka gunakan.
Chicken Satay Banh Mi Sandwich – Oleh kerana pemilik restoran bukan berasal dari Malaysia atau Singapura, jadi satay ayamnya tidak seperti satay di Malaysia atau Singapura. Ia lebih kepada sandwic ayam Vietnam.
Honey Shrimp – Terbaik! Satu pinggan merangkumi udang madu, nasi, sayur dan sos.
Chicken Satay Plate – Walaupun satay ini tidak sama dengan satay di Malaysia dan Singapura tetapi set ini masih berbaloi kerana ia merangkumi beberapa cucuk satay, nasi, sayur dan sos.
Short Rib Plate – Terbaik! Set ini juga menjadi kegemaran saya. Ia merangkumi daging, nasi,telur goreng, sayur dan sos.
Berbalik kepada satay ayam tadi, saya tidak menyatakan yang ia tidak sedap sebaliknya dua kali saya katakan yang rasanya tidak sama seperti satay di Malaysia dan Singapura. Saya sangat memahami mengapa rasanya tidak sama kerana pemilik restoran ini ialah dari kalangan orang Cham yang etniknya dari negara Vietnam dan Cambodia. Saya dan suami sudah lama mengetahui akan latar belakang restoran ini walaupun ini pertama kali kedatangan kami ke Salima Specialties.
Tentunya saya dan suami akan kembali menjamu selera di sini dan pilihan saya tentunya Honey Shrimp serta Short Rib Plate.